Hiburan
“Apabila Melihat Beatrice Chitra Mengucap Syahadah Ketika Dia Memeluk Islam, Saya Tahu…” - Uzair Haqimy
Anak sulung kepada pelakon dan penerbit Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy menitipkan pesanan buat adik tersayang yang baru sahaja mendirikan rumah tangga baru-baru ini.
Ucapan untuk adik
Menerusi perkongsian Uzair, dia menganggap tiada wanita lain yang akan menyayangi adiknya iaitu Luth Mikhail seperti mana isterinya, Beatrice Chitra.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak Kedua Nikahi Gadis Indonesia Beatrice Valeria Chitra, Sheila Rusly; "Sebagai Ibu, Saya Syukur Lihat Mikha Temui Pasangan ..."
“Saya mungkin tidak akan pernah mengatakan cukup tentang hari itu. Tetapi di sini, saya ingin mengatakan sesuatu yang saya terlepas semasa ucapan saya malam itu.
“@luthmikhaill pada hari itu apabila saya melihat @beatricechitra mengucap syahadahnya ketika dia memeluk Islam… saya tahu, anda tidak akan dapat mencari seseorang yang menyayangi anda seperti dia menyayangi anda.
“Tolong jaga @beatricechitra, abang sangat bangga dengan awak Mikha. Saya sayang awak berdua,” ujarnya menerusi Instagram miliknya.
Terima kasih
Pada perkongsian yang sama, suami kepada aktres Elisya Sandha ini juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan kepada mereka sekeluarga.
“Terima kasih yang tulus kepada semua yang telah menyokong kami dalam perjalanan ini. Cinta anda bermakna dunia bagi kami,” kongsinya lagi.
Anak kedua kepada pelakon dan penerbit terkenal Sheila Rusly iaitu Luth Mikhail Azman, 24, selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Beatrice Valeria Chitra, 24, pada Jumaat lalu.
Luth Mikhail dan Beatrice terlebih dahulu bernikah di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.
Must-Watch Video