Pelakon Indonesia, Raffi Ahmad masih lagi tidak percaya dengan kehadiran penyanyi dan anggota kumpulan K-Pop Super Junior, Choi Siwon di rumahnya.
Menerusi akaun Instagramnya, Raffi menyatakan momen indah itu boleh diibaratkan sebagai mimpi.
“Oh my god!!! Apakah ini mimpi? Ada oppa @siwonchoi di rumah Andara Aa Rafathar,” tulisnya.
Dalam pada itu, Raffi juga turut memuat naik beberapa foto dan video pendek bersama Siwon sebagai kenangan dan juga buat tatapan peminatnya.
“Di rumah Andara kita siapkan karpet merah khas buat uncle @siwonchoi. Heboh hehehehe seru,” coretnya.
Sepanjang berada di rumah Raffi, Siwon kelihatan cukup selesa berbual bersama keluarga aktor berkenaan selain dijamu dengan masakan Indonesia.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji sikap Siwon yang tidak sombong dan sangat mesra dengan Raffi serta keluarganya.
Terdahulu, sebelum berkunjung ke kediaman Raffi, Siwon telah mengejutkan peminatnya dengan membuat siaran langsung Instagram (Insta Live) yang menunjukkan dia berada disebuah kedai serbaneka di Jakarta baru-baru ini.
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat