Hiburan
"Apapun Alasan Diberi, Saya Di Pihak..." - Abby Abadi Nak Bagi Baju Dan Mainan Untuk Anak Arwah Abam
Cerita mengenai balu Allahyarham Syed Umar Mokhtar atau Abam Bocey dan Ali Puteh begitu hangat diperkatakan. Netizen dan juga segelintir selebriti mempunyai pendapat masing-masing dan tidak segan berkongsi apa yang mereka rasakan di media sosial.
Begitu juga dengan pelakon dan penyanyi Abby Abadi yang terang-terangan menyatakan dia berada di pihak mana.
"Apapun alasan yang diberi, saya di pihak Baby & Mak Baby. Nanti nak pergi melawat doranglah. Nak bagi baju / barang mainan Daiyan yang banyak-banyak tak guna dan muat dah, boleh ke?
"Baju Dayana ada cucu perempuan dah. Arwah Danial dah takde jadi baju Daiyan yang saya kumpul nak bagi pada Baby Hamzah, boleh kan Hidayah?" tulis Abby pada satu entri di Instagramnya.
Pada entri tersebut, selain berkongsi gambar Achey dan Fad bersama Hamzah, Abby juga berkongsi artikel dan penjelasan daripada seorang peguam.
"Maaf Achey pinjam gambar ya. Maaf Abby Nadzri pinjam artikel awak dan penjelasan lawyer. Itu juga kefahaman saya mengenai hak seorang balu. Sayang Hamzah. Ada rezeki jumpa ya," tulis Abby.
Ketika ini hangat diperkatakan tentang balu Allahyarham Abam, Nor Hidayah Mohd Ali, adik kepada Allahyarham abam, Ali Puteh dan Datuk Aliff Syukri yang membuat video ketika melawat Hidayah sehingga menimbulkan kemarahan kepada Ali yang menganggap ianya menghina ibunya.
Must-Watch Video