Apich Lo Tak Tergugat Dengan Hero Baru, Anggap Usia Bukan Penghalang - "Kalau Minat, Mesti Usaha"
Firdaus
05/09/2024 12:55 MYT
05/09/2024 12:55 MYT
Baru bertapak dalam industri lakonan, pelakon Apich Lo meluahkan rasa syukur kerana diberi kepercayaan untuk membintangi filem Pontianak 200KG.
“Ini pengalaman pertama saya. Perasaan gementar itu sudah semestinya ada terutama apabila diberi kepercayaan berlakon dalam filem seperti ini.
"Saya rasa 'cringe' tengok lakonan saya. Kalau lihat babak saya dalam filem ini, saya sendiri rasa tak puas hati dan rasa boleh perbaiki lagi di masa akan datang,” katanya.
Bercerita lebih lanjut tentang cabarannya memegang watak sebagai Lee Min Ho, Apich tiada sebarang tentangan sekiranya drama atau filem yang dilakonkan mempunyai adegan yang perlu memerlukan dia menayangkan badan.
“Babak bukan baju dan mandi itu pasti akan menarik perhatian ramai. Semasa dapat skrip, saya tidak tahu babak itu perlu membuka baju. Apabila pengarah suruh buka, saya anggap itu sebagai cabaran demi tuntutan kerja sebagai anak seni.
“Bagi saya, ini bukan tentang tayang badan, sebaliknya komitmen terhadap kerja. Saya sudah bersedia secara mental dan fizikal sekiranya mendapat apa jua komen daripada penonton filem ini," ujarnya.
Rasa Cringe Tengok Diri Sendiri
Apich Lo atau pemilik nama sebenarnya, Ahmad Fadzlullah Narudin mengakui berasa sangat teruja di samping gementar kerana diberi peluang membintangi filem tersebut.“Ini pengalaman pertama saya. Perasaan gementar itu sudah semestinya ada terutama apabila diberi kepercayaan berlakon dalam filem seperti ini.