Hiburan
Apple Lancar iPhone SE 2020, Netizen Bergurau Harga 4 Kali Keluaran KWSP!
Ketika dunia berdepan dengan krisis COVID-19, pastinya yang menjadi keutamaan adalah untuk memastikan barangan keperluan harian sentiasa cukup.
Orang ramai kini dilihat lebih berjaga-jaga untuk memilihan barangan keperluan atau kehendak.
Namun begitu, krisis ini juga tidak menghalang daripada syarikat Apple Inc melancarkan produk iPhone terbaru mereka biarpun secara atas talian.
Model iPhone SE (2020) telah dilancarkan hari ini dengan rekaan yang menyerupai iPhone 8 yang dikeluarkan pada 2017.
Difahamkan, paparan peranti hanya berukuran 4.7 inci dengan panel LCD.
Terdapat fungsi pengimbas cap jari Touch ID dan dijana cip pemprosesan Apple Bionic A13.
Kamera pula hanya satu lensa dibelakang iaitu 12MP dan satu lagi kamera hadapan bersaiz 7MP.
Di Malaysia, peranti ini dijual bermula RM1,999 dan harga ini jauh lebih rendah berbanding model iPhone sebelumnya.
Menerusi platform Twitter, harga ini juga telah menjadi perbualan hebat dalam kalangan netizen.
Malah, ada yang bergurau model ini mampu dibeli menggunakan 4 kali keluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Walaubagaimanapun untuk pembelian, anda masih belum boleh berbuat demikian kerana penghantaran masih belum tersedia.
Must-Watch Video