Laman Utama

Aprena Manrose Pernah Terfikir Nak Lepas Tudung - "Susah Sebenarnya Nak Istiqamah"

gempak
Amri Hassan
11/10/2023
23:55 MYT
Sponsor Banner
Aprena Manrose Pernah Terfikir Nak Lepas Tudung - "Susah Sebenarnya Nak Istiqamah"
Sepanjang berhijab sejak dua tahun lalu, pelakon Aprena Manrose mengakui pernah berbolak-balik untuk kembali tidak bertudung.
Jelas Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 30, menjadi lumrah manusia diuji sedemikian ketika mendekatkan diri dengan kebaikan.
"Susah sebenarnya nak istiqamah sebab iman kita naik turun. Tapi tidaklah sesusah mana. Sejujurnya, saya sendiri pernah ada rasa hati berbolak-balik.
"Tapi dengan doa yang membuatkan saya terus kuat. Saya nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab isu menutup aurat ini adalah perkara sensitif," katanya kepada Gempak.
Aprena yang ditemui di majlis memperkenalkan pelakon Wanna Ali sebagai duta produk Millefleur di Hotel Royale Chulan, Damansara mengakui faktor individu sekeliling menjadi faktor mempengaruhi iman seseorang.
"Faktor sekeliling, dengan siapa kita berkawan juga boleh mempengaruhi kita. Macam mana, kalau waktu saya rajin untuk pergi ke kelas agama, dalam seminggu itu memang saya tertutup betul (menutup aurat dengan sempurna).
"Tapi bila dan lama tak pergi, kita jadi lupa. Jadi salah satu sebab adalah keadaan sekeliling kita. Saya tidak cakap bahawa saya betul-betul sudah cukup jadi muslimah sejati. Tapi sehingga sekarang saya masih lagi belajar," jelasnya.
Namun, doa daripada ahli keluarga terutama suaminya, menjadi perisai untuk dirinya kekal istiqamah untuk menutup aurat.
“Selain tuntutan agama, salah satu sebab saya masih kuat (istiqamah) adalah kerana suami, Mohd. Afiq Hazman. Insya-Allah dengan berkat doa daripada keluarga, bapa dan juga suami, itu yang membuatkan saya kuat.
“Bagaimanapun, saya tidak tahu kedepannya nanti bagaimana. Kalau satu hari nanti nampak saya tidak lagi berhijab, maka saya tidak lagi bertudung.
“Tapi kalau saya masih kekal begini (berhijab), alhamdulillah, maknanya iman saya masih lagi kuat,” jelasnya.
Terdahulu, Aprena yang juga adik kepada pelakon Oktovia Manrose itu mula berjinak-jinak untuk berhijab sejak Ramadan 2021, sebelum mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya tidak lama kemudian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live