Laman Utama
Aprena Manrose Positif COVID 19: "Saya Tak Tahu Macam Mana Boleh Kena"
Pelakon Aprena Manrose mengesahkan dirinya kini menjadi salah seorang pesakit positif COVID 19.
Pengakuan itu dikongsikan Aprena, 27, menerusi video dengan durasi 1 minit 15 saat di akaun Instagramnya, @aprenamanrose sekitar 20 jam lepas.
Bersama video yang menunjukkan dirinya sedang mengambil swab test di rumah, Aprena menuliskan kapsyen panjang sambil mengaku terkejut saat mendapat tahu keputusan swabnya adalah positif.
Anak kepada penyanyi Iwan itu mengaku dirinya sebagai penakut tidak tahu macam mana boleh terjangkit dengan COVID 19.
"Saya pun tak tahu macam mana boleh kena tapi kronologi nya saya akan cerita di IG story," tulis Aprena.
Aprena yang juga kawan baik Emma Maembong yang kini melakukan kuarantin di rumah selepas disahkan positif COVID 19 bersama suaminya, mengatakan mula tidak sedap badan beberapa hari lalu.
"Setelah beberapa hari tak sedap badan, saya tahu emma ada buat swab test dkt rmh then i terus minta contact. thank you @emma_maembongofficial and @kumpulan_megaklinik_zahran for your good service. The next day saya terus buat swab test di rumah saya dan agak terkejut bila tahu diri ni positive.
"Tapi setelah mendengar nasihat Dr & kak long , saya rasa nak share cerita ni pada u all," katanya lagi.
Dalam kapsyen tersebut, pelakon Jodoh Syaitan itu mengajak semua pesakit COVID 19 kekal tenang dan sentiasa berfikiran positif.
Dia juga mengingatkan oleh kerana kes di negara semakin meningkat, sesiapa sahaja berpotensi dijangkiti virus tersebut.
"Kepada rakyat malaysia tolonglah jadi seorang manusia yang bertanggungjawab follow SOP yang ditetapkan," pintanya.
Terakhir sekali, Aprena menegaskan, pesakit COVID 19 bukan penjenayah, justeru bagi sesiapa yang sudah mempunyai simptom buatlah saringan atau berkurung di rumah masing masing.
"Pesakit covid bukan penjenayah, kalau korang rasa ada symptoms tampil kan diri buat saringan atau berkurung dirumah selama 10hari.
"Jika tidak, mungkin korang boleh spread kan lagi virus tu. we can fight this together! insyaAllah. Thank you to all my close friends and family yang sentiasa mendoakan. Love you all. #kitajagakita #staysafe #Allahjagakita.
Terdahulu, sepanjang bulan ini terdapat beberapa artis Malaysia yang juga dijangkiti COVID 19. Mereka termasuklah pelakon Aeril Zafril dan vokalis Drama Band, Eapul.
Instagram: @aprenamanrose