Aprena Menrose Reda Masih Belum Ada Rezeki Timang Cahaya Mata – “Mungkin Allah Nak Bagi Kat Akhirat Sana”
Umirah Halim
08/03/2024 05:55 MYT
08/03/2024 05:55 MYT
Pelakon, Aprena Menrose akui telah berada di fasa reda dengan ketentuan Tuhan dan percaya akan rezeki setelah bertahun berusaha untuk menimang anak sendiri.
Menurut Aprena, atau nama lengkapnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 30, berkongsi pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh dia dan suaminya, Mohd Afiq Hazman sebelum ini termasuk proses rawatan kesuburan in-vitro (IVF), namun rezeki masih belum memihak kepadanya.
“Kali terakhir saya buat IVF pada dua tahun lepas dan bila excited nak check result Dr cakap sorry Aprena takde lepastu saya dan suami balik terus tidur sepanjang hari sebab kami terlalu kecewa, esok baru kami okay balik.
Dalam pada itu, anak kepada penyanyi dangdut terkenal Iwan Syahwan itu juga turut bersyukur kerana orang terdekat mampu untuk menghormati sensitiviti nya bagaimanapun dia tidak dapat menahan rasa sebak apabila keluarga terdekat mendapat perkhabaran berita bakal menimang cahaya mata.
“Selalunya orang tak akan cakap dengan saya, semua orang boleh hormati.
“Cumanya contoh macam Uqasha Senrose pregnant haritu saya tahu dulu lepastu saya terus nangis sebab mestilah saya terasa sebab kita dah tunggu lama tapi takde rezeki. Lepastu kami nangis sama-sama,” ujarnya lagi.
Sekadar info, Aprena dan Afiq telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2016.
Menurut Aprena, atau nama lengkapnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 30, berkongsi pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh dia dan suaminya, Mohd Afiq Hazman sebelum ini termasuk proses rawatan kesuburan in-vitro (IVF), namun rezeki masih belum memihak kepadanya.
“Kali terakhir saya buat IVF pada dua tahun lepas dan bila excited nak check result Dr cakap sorry Aprena takde lepastu saya dan suami balik terus tidur sepanjang hari sebab kami terlalu kecewa, esok baru kami okay balik.
Berita Trending: Aprena Manrose Pernah Terfikir Nak Lepas Tudung - "Susah Sebenarnya Nak Istiqamah"
“Sebenarnya saya lebih kepada reda dan pasrah, takde pun takpe tapi takde lah give up cuma saya dah ada di fasa mana kalau takde takpelah mungkin Allah nak bagi kat akhirat sana,” katanya ketika ditemui Gempak.Dalam pada itu, anak kepada penyanyi dangdut terkenal Iwan Syahwan itu juga turut bersyukur kerana orang terdekat mampu untuk menghormati sensitiviti nya bagaimanapun dia tidak dapat menahan rasa sebak apabila keluarga terdekat mendapat perkhabaran berita bakal menimang cahaya mata.