“April Penuh Bermakna”- Sherry Ibrahim Sambut Birthday Dengan Anak-Anak Autism

Mya Amri
April 4, 2018 07:05 MYT
Pelakon Sherry Ibrahim meraikan sambutan hari jadinya yang ke-35 bersama dengan kanak-kanak autism.
Kata Sherry, majlis tersebut terlalu istimewa dan dia berasa berbesar hati kerana dapat menyambut bersama kanak-kanak autism.
Sherry juga hadir dengan memakai baju berwarna putih dan juga berseluar biru sebagai tanda sokongan terhadap Autism.
Menerusi foto-foto yang dikongsi, wajah Sherry kelihatan begitu gembira apabila dapat berinteraksi bersama kanak-kanak istimewa itu.
“Anak-anak syurga ni belajar untuk menggali potensi diri untuk masa hadapan mereka sendiri and lets support them to make it happen,” tulisnya.
Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto menarik sepanjang majlis berkenaan:
Foto: Instagram @sherryibrahim
Teks oleh: Mya Amri
#pelakon #Sherry Ibrahim #Pelakon #Hari Jadi