Aqeef Anaqi Nama Baby Boy Amar Baharin & Amyra Rosli

Kamaruddin Razal
Disember 7, 2017 01:49 MYT
Selepas berteka-teki dengan peminat, pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli akhirnya mendedahkan nama anak sulung mereka.
Pasangan itu mengumumkan nama tersebut dengan menukar ‘username’ laman Instagram milik anak mereka yang mempunyai lebih 109,000 pengikut.
Amyra dan Amar menukar ‘username’ @amyramarjr kepada @aqeefanaqi.
Sebelum ini, pasangan ini pernah memberikan bayangan yang nama anak mereka bermula dengan AA.
Namun begitu, wajah sebenar anak mereka yang lahir pada 15 Oktober 2017 itu masih belum didedahkan.
Pasangan itu sekadar memuat naik sekeping foto wajah anak mereka yang telah dikaburkan.
Dalam perkembangan lain, Amar, Amyra dan Aqeef juga muncul dengan sebuah program televisyen terbaru yang berjudul The Adventure of Aqeef Amyramar.
Program itu disiarkan pada setiap Rabu, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Aqeef
#pelakon #Amar Baharin #Amyra Rosli #Amar Baharin #Amyra Rosli #Pelakon