HIBURAN
Ara Johari Cemas, Ular Sawa Batik Buat Cubaan ‘Tumpang’ Masuk Kereta - “Terima Kasih Abang Bomba, Walaupun Tengah Nak Sahur…”
Penyanyi, Ara Johari berdepan detik cemas apabila seekor ular sawa dipercayai cuba untuk memasuki kenderaan utiliti sukan (SUV) miliknya ketika dalam perjalanan pulang dari Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Kejadian tersebut berlaku pada pada jam 4 pagi Isnin.
Cemas dan terus hubungi bomba
Menerusi video dikongsikan di aplikasi TikTok pada Selasa jelas kelihatan ular tersebut cuba menyelinap masuk ke dalam enjin Honda HRV miliknya.Malah Ara juga dilihat sedang berada dalam keadaan cemas ketika menghubungi pihak bomba untuk menangkap ular sawa batik berkenaan.
“Suspek merupakan seekor ular sawa batik berwarna kuning hitam, manakala mangsa adalah seketul HRV. Difahamkan bahawa ular sedang mongolintin di dalam enjin,” coretnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Masih Solo, Ara Johari Mahu Fokus Kerjaya, Bahagiakan Ibu Bapa - “Saya Belum Mampu Belikan Kereta, Rumah Seorang Satu…”
ARTIKEL BERKAITAN:Mahu Kelainan, Ara Johari Bawakan Lenggok Tradisional Dalam 'Zapin Malam Raya' - "Belajar Daripada Lagu Nyanyian Siti Nurhaliza..."
ARTIKEL BERKAITAN:Lagu ‘Menjaga Jodoh Orang Lain’ Dapat Sambutan Luar Biasa, Penat Lelah Ara Johari Berbaloi - “Ini Menjadi Pemangkin Semangat…”
ARTIKEL BERKAITAN:Dapat Mesej Lucah, Ara Johari Tak Anggap Penampilan Feminin Punca Gangguan Seksual
ARTIKEL BERKAITAN:Ara Johari Jawab Isu Pakai Tudung Di Bulan Ramadan Untuk Hormati Majlis - “Doakan Yang Baik-Baik”
Bagaimanapun Ara menarik nafas lega selepas beberapa anggota bomba tiba dan berjaya membawa keluar ular tersebut dari keretanya."Nasib abang bomba datang cepat! Terima kasih abang bomba, sanggup korbankan waktu sahur demi berkhidmat untuk kami semua," ujarnya.
Berikut merupakan video penuh Ara:
@arajohariofficial Kejadian 4.00 pagi, di Mitec. Suspek merupakan seekor ular sawa batik berwarna kuning hitam, manakala mangsa pula merupakan seketul HRV hitam 🤣 Nasib abang bomba datang tolong! Thank you abang bomba! 🤍 #fypシ゚ ♬ original sound - Ara Johari
Must-Watch Video