HIBURAN
Lagu ‘Menjaga Jodoh Orang Lain’ Dapat Sambutan Luar Biasa, Penat Lelah Ara Johari Berbaloi - “Ini Menjadi Pemangkin Semangat…”
Penyanyi Ara Johari meluahkan rasa syukur apabila lagunya berjudul Menjaga Jodoh Orang Lain (MJOL) mendapat sambutan luar biasa daripada pendengar.
Sambutan luar biasa
Lagu ciptaan komposer seberang, Ilham Baso itu menduduki kedudukan pertama di carta RIM (Recording Industry Music of Malaysia) selama dua minggu berturut-turut.
“Alhamdulillah penat lelah saya dan team berbaloi dan ini menjadi pemangkin semangat untuk saya mengeluarkan karya yang lebih baik pada masa akan datang.
“Saya gembira kolaborasi pertama saya bersama komposer Indonesia ini membuahkan hasil yang amat membanggakan” ujarnya.
Lirik video dan audio MJOL yang dilancarkan pada 31 Julai tahun lalu juga kini sudah melebihi 10 juta tontonan di YouTube.
Lebar sayap
Pelantun lagu Bunga itu juga merancang untuk melebarkan sayap ke Indonesia bagi mempromosikan lagu tersebut.
“Kami masih dalam rangka rancangan bagi mempromosikan lagu ini ke Indonesia. Mungkin ada sedikit kelainan daripada lagu asal untuk kesesuaian pasaran di sana.
“InsyaAllah selepas Hari Raya Aidilfitri nanti kami akan ke sana” ujarnya.
Dalam pada itu, Ara berkata, kejayaan tersebut juga sedikit sebanyak memberi tekanan untuk dia mencari metarial baharu sesuai jangkaan peminat.
ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Kena Siber Buli, Ara Johari Tak Kisah Komen Negatif Asalkan Tak Babitkan Keluarga - "Kalau Sentuh Keluarga Mungkin..."
ARTIKEL BERKAITAN: Dapat Mesej Lucah, Ara Johari Tak Anggap Penampilan Feminin Punca Gangguan Seksual
“Sekarang masih dalam proses mencari bahan untuk lagu akan datang. Sudah tentu agak stres kalau boleh mahu cari lagu yang lebih baik.
“Saya harap dapat bekerjasama dengan komposer-komposer baru dan tidak menolak jika diberi peluang mencuba genre berbeza,” ujarnya.
Must-Watch Video