Arabella Tak Berani Nak Pakai Baju Terdedah Sebab ...
Ernalisa
30/09/2024 08:55 MYT
30/09/2024 08:55 MYT
Kian meniti populariti, pelakon baharu Arabella Ellen mengakui takut untuk memakai baju terlampau terdedah atau seksi kerana telah diberi ingatan oleh ibunya.
"Cuma ibu selalu ingatkan jangan pakai baju yang terlalu menonjol. Dia lebih tekankan soal outfit. Yang lain-laintu biasa sahaja.
"Setakat ini memang soal pakaian sahaja yang ibu saya selalu cakap banyak kali, mungkin dia risau," katanya.
Berkongsi pengalamannya menjayakan watak sebagai Iris Sofea, Arabella yang mesra disapa Bella mengakui tidak mudah untuk menjayakan watak sebagai seorang wanita separa buta.
"Menggalas watak orang buta itu bukanlah perkara mudah, lebih-lebih lagi saya masih baru dalam bidang seni ini.
"Watak yang saya dapat juga memang mencabar, tetapi saya berpuas hati dengan respon semua orang yang telah dah tengok drama ini," katanya.
‘Dari Mata Turun ke Hati’ mengikuti kisah kehidupan Jai, seorang remaja nakal yang jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Iris Sofea.
Iris mempunyai masalah penglihatan yang dipanggil Amblyopia dan hanya dapat melihat sesuatu yang berada sangat dekat dengannya.
Iris mengharungi kehidupannya menggunakan tongkat putih sehingga suatu hari, dia secara tidak sengaja menyerang Jai yang berjalan melulu di atas blok Braille yang digunakannya.
Selepas kejadian itu, Jai dan Iris menjadi lebih rapat sehingga kedua-duanya mengenali antara satu sama lain dan akhirnya, saling jatuh cinta.
Jai melakukan segalanya untuk menyenangkan Iris selepas mengetahui tentang penglihatannya. Namun, perbezaan masing-masing merumitkan hubungan mereka.
Jai dan Iris kini perlu memilih untuk mengatasi masalah ini demi cinta mereka, atau mengambil haluan masing-masing.
Penceritaan drama ini turut berdasarkan daripada drama “Love’s In Sight!” yang ditulis oleh Yuko Matsuda dan diterbitkan oleh Nippon TV.
BERITA BERKAITAN : Lany ‘Angau’ Dengan Malaysia, Suka Makan Rendang Ayam | GMW Highlights
BERITA BERKAITAN : Awie Dedah Pernah Ada Karakteristik Lembut Masa Zaman Sekolah - "Saya Suka Menari, Gimnastik Pun Dulu Saya Wakil Sekolah"
BERITA BERKAITAN : Cikgu Hiragi: "Bila Kau Buli Cikgu Yang Salah!" | Singgah Set
BERITA BERKAITAN : "Love Myself More..." - Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-41, Fazura Janji Untuk Lebih Sayangkan Diri Sendiri
Heroin drama Dari Mata Turun Ke Hati itu bagaimanapun tidak menjadikan isu itu sebagai perkara membebankan pada dirinya.
"Ibu saya tidaklah tetapkan syarat itu dan ini yang buatkan saya rasa rimas atau terbeban.