,
Hiburan

Awie Dedah Pernah Ada Karakteristik Lembut Masa Zaman Sekolah - "Saya Suka Menari, Gimnastik Pun Dulu Saya Wakil Sekolah"

Firdaus
27/09/2024
12:55 MYT
Penyanyi rock lagenda tanah air, Datuk Awie baru-baru ini berkongsi kisah lucu berkaitan dirinya yang disifatkan sebagai seorang yang 'lembut' semasa zaman sekolah.

Peminat Boy George

Menerusi temu bual bersama Gempak dalam rancangan Pintu Belakang The Chosen One, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman menyatakan dia merupakan seorang peminat kepada Boy George sehingga terikut-ikut dengan karakter penyanyi dari United Kingdom tersebut.

"Saya lembut dulu...

"Saya penggemar Boy George, sehingga saya mekap dan saya pakai pakaian seperti Boy George. Saya lembut dulu.
"Saya suka menari, contohnya zapin, saya juga masuk pertandingan nasyid, semua pertandingan-pertandingan yang berkaitan seni. Gimnastik pun dulu saya wakil sekolah," katanya.

BERITA TRENDING: “Orang Yang Menghancurkan Hidup Saya Adalah…” - Awie

BERITA TRENDING: Awie Makan Durian Pakai Sudu, Netizen Terhibur Bila Roy Azman Sempat ‘Membahan’ - “Pertama Kali Tengok Macam ini…”

BERITA TRENDING: Awie Makan Durian Pakai Sudu, Netizen Terhibur Bila Roy Azman Sempat ‘Membahan’ - “Pertama Kali Tengok Macam ini…”

BERITA TRENDING: "Jangan Bunuh Semangat Saya Untuk Berkarya" - Awie

Bercerita lanjut, penyanyi berusia 56 tahun itu mengakui mampu melakukan aksi akrobatik seperti 'split' dan backflip ketika di bangku sekolah.
"Saya dulu sekolah di Ampang. Badan saya boleh split, boleh backflip. Jadi sebenarnya sebelum saya kasar, saya seorang yang lembut. Tapi saya bersyukur sekarang saya tak jadi lembut," jelasnya.
The Chosen One 2024 menampilkan Jihan Muse dan Haziq Hussni sebagai pengacara baharu untuk musim kali ini.
The Chosen One 2024 turut menampilkan Datuk Awie dan Jaclyn Victor sebagai juri tetap.
Selain itu, para penonton kini boleh mengundi persembahan kegemaran pada setiap minggu sejurus selepas The Chosen One 2024 tamat melalui laman web www.thechosenone.com.my.
Peserta dan coach yang menerima undian tertinggi akan memenangi anugerah 'Gempak ERA The Chosen One Of The Week, yang akan diumumkan di platform media sosial Astro Gempak dan Astro Ceria.
The Chosen One 2024: Evolusi Bintang Baharu akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611) dan Astro Ria (saluran 104).

Astro Baharu. Tak Macam Dulu

The Chosen One 2024 musim kedua turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.
Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu - Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Takut Tapi Kena Kuat…” – Siti Jamumall Harus Jalani Prosedur Cuci Kandungan, Tak Ada Rezeki Timang Anak Ketiga Disebabkan Molar Pregnancy

gempak
27/09/2024
09:55 MYT
Baru sahaja tiga minggu disahkan hamil, personaliti media sosial Siti Jamumall diuji  apabila dirinya terpaksa menggugurkan kandungannya.
Hiburan

"Sentiasa Gembira & Dimurahkan Rezeki" - Fazura Terima Sejambak Bunga & Kad Ucapan Dari Fattah Amin Sempena Birthday

gempak
27/09/2024
05:32 MYT
Pelakon Fazura berkongsi dirinya menerima sejambak bunga pemberian suami, aktor Fattah Amin bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-41.
Hiburan

"Love Myself More..." - Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-41, Fazura Janji Untuk Lebih Sayangkan Diri Sendiri

gempak
27/09/2024
03:29 MYT
Pelakon Fazura berkongsi satu hantaran di Instagram miliknya sempena meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-41.
Hiburan

Kongsi Video AI Peluk Arwah Bapa, Netizen Sebak Kenang Nasib Fazura - "Tenangkan Dirimu..."

gempak
27/09/2024
01:55 MYT
Pelakon Fazura berkongsi memuat naik video Artificial Intelligence (AI) memaparkan dirinya seakan-akan sedang memeluk arwah bapanya.
Hiburan

Aliff Aziz Nafi Tarik Semula Kes Terhadap Sarah Yasmine, Selesai Kemelut Dengan Cara ‘Final Court Order’

gempak
27/09/2024
00:55 MYT
Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz menyatakan kes undang-undang yang ditujukan terhadap bekas kekasih gelapnya, Sarah Yasmine masih belum berakhir.
BorakSeeni