Nama Meerqeen masih menjadi sebutan ramai menerusi lakonan hebat dalam sebuah drama bersiri baru-baru ini.

Meneruskan kehebatannya, Meerqeen bakal muncul pula menerusi drama rantaian Ash Dan Aish bergandingan bersama Siti Khadijah.

Penangan wataknya dalam drama yang tular sebelum ini turut menarik impaknya hingga ada yang membandingkan dengan drama kali ini.

Bagaimanapun, ada yang turut menitipkan pesan menerusi ruangan komen di Instagram Bambam Studios agar tidak keterlaluan menulis komen termasuk membanding-bandingkan heroin baharu dalam Ash Dan Aish.



"OMG the comments?? Kalian boleh ship whoever you want but jangan ketepikan Siti Khadijah (Aish) and please I dont wanna see any comparison.

"You do you as long as you dont cross the line. No hard feelings. I just want everyone in this series to be well-recognised and not a single cast kena left out," pesan seorang pengguna di Instagram.

A post shared by Bambam Studios (@bambam_studios)


Namun, kebanyakan komen lain menyatakan keterujaan mereka untuk melihat hero kesayangan ramai itu beraksi dalam Ash Dan Aish.

"Paling ditunggu-tunggu.

"Yeey tak sabar.

"Harap-harap menjadilah chemistry mereka.

"Arghh yang ditunggu-tunggu. Maaf kali ini aku dukung orang ketiga...

"Tak sabar rasanya nak tengok cerita ini," demikian komen beberapa pengguna lain.

Sinopsis Ash Dan Aish


Mengisahkan tentang seorang gadis kampung bernama Aisha, yang berhati kental. Semua ahli keluarga dia meninggal dunia dalam satu kemalangan dan dia hampir dicabul oleh suami mak saudaranya sendiri yang tamak dengan harta keluarga Aisha.

Dia melarikan diri ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru.

Ashrafi, pemuda misteri yang selalu membeli lollipop dan makanan kucing di kedai serbaneka tempat Aisha bekerja.
Disebabkan kesempitan hidup di kota raya, Ash mempelawa Aisha bekerja di café milik Ash sendiri. Aisha menerima tawaran Ashrafi untuk bekerja kat sana.

Uniknya Sanctuary cafe, pekerja- pekerja di sana sebenarnya mempunyai kisah hitam masing-masing dan mereka diberi peluang oleh Ashrafi untuk membina hidup baru.

Dalam nada bergurau, Aisha menawarkan diri untuk menjadi isteri Ashrafi supaya dia tidak perlu sentiasa membantunya mencari tempat tinggal. Cadangan Itu rupanya diambil serius oleh Ashrafi.

Mereka akhirnya disatukan menjadi suami isteri. Malangnya Ashrafi kemalangan dan koma. Sewaktu di hospital, Aisha terkejut melihat Ashrafi bangun dan bercakap seperti biasa.

Namun apa yang Aisha lihat ternyata hanya roh Ashrafi sahaja. Disebabkan itu Ashrafi meminta Aisha untuk menolongnya sedar dari koma.

Ash Dan Aish adaptasi novel 'Ash & Aish' karya Maya Adira turut dibintangi Nadhir Nasar, Norreen, Anna Jobling, Idzham Ismail, Nada Nur Syuhada dan Adiba Yunus.

Ash Dan Aish terbitan Suhan Movies & Trading itu akan ditayangkan di slot Megadrama setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria.