Laman Utama

Aripah Masih Dalam ICU, Normah Damanhuri; "Bila Saya Panggil, Dia Buka Mata & Tangan ..."

gempak
Amri Hassan
11/05/2022
01:50 MYT
Sponsor Banner
Aripah Masih Dalam ICU, Normah Damanhuri; "Bila Saya Panggil, Dia Buka Mata & Tangan ..."
Selepas dua minggu dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur (HKL), akibat jangkitan kuman pada paru-paru, pelakon Aripah Damanhuri menunjukkan perkembangan positif.
Kongsi adiknya, Normah Damanhuri, 68, biarpun belum sedar sepenuhnya, namun kakaknya itu memberi respons setiap kali dipanggil.
"Keadaan dia sekarang sangat membimbangkan juga. Tapi saya memang tidak berhenti berdoa la minta pada Allah semoga dia dipanjangkan usia dan minta keajaiban.
"Semalam saya ada pergi ke hospital untuk melawat dia yang masih di tempatkan di ICU. Alhamdulillah, bila saya panggil dia buka mata dan saya cakap dengan dia pun ada respon… tangan dia bergerak, mata pun terbuka sikit.
"Saya memang tetap berharap untuk dia kembali sihat. Itulah harapan saya dan anak-anaknya. Insya-Allah semua kuasa Allah," ujarnya kepada Gempak.
Normah ditemui ketika majlis pratonton dan sidang media filem Tiga Janda Melawan Dunia di GSC Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya, pada Selasa.
Pada 23 April lalu, Aripah Damanhuri, 73, dimasukkan ke HKL kerana paras oksigen menurun dan terpaksa ditidurkan selepas disyaki mendapat jangkitan kuman dalam paru-paru.
Anaknya, Nurpais memaklumkan Aripah dipakaikan topeng dan ventilator biasa selain semua jenis ubat penguat jantung sudah dihentikan.
Malah, organ-organ pelakon itu juga semakin sembuh daripada jangkitan kuman.
Dalam pada itu, Normah berkata biarpun lega dengan perubahan positif itu namun dia sentiasa bimbangkan keadaan kakaknya setiap masa.
"Dia masih dirawat di ICU, jadi tak boleh ada penjaga… hanya sekadar datang melawat saja mengikut waktu yang ditetapkan. Tapi setiap malam saya teringin dan terfikirkan keadaan dia.
"Ikutkan sebelum ini tak boleh pun melawat… dua hari lepas baru boleh datang melawat. Saya ada tanya jururawat yang menjaga dia, macam mana keadaan dia… jururawat itu kata Insya-Allah boleh sembuh," tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live