Berita baik buat peminat dan BTS ARMY! kerana kumpulan sensasi Kpop ini mengumumkan mereka sedang merancang menerbitkan album terbaru tahun ini, lapor AWANI.

Big Hit Entertaiment memaklumkan kumpulan yang popular dengan lagu "Fake Love" itu akan mengeluarkan single baru secara digital pada 21 Ogos ini.

Kumpulan yang dianggotai oleh RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook juga mendedahkan berita gembira itu melalui satu siaran secara streaming di V Live.

Menurut BTS, single digital ini merupakan satu lagu berentak rancak.

Difahamkan, selepas single digital ini dikeluarkan, BTS dijangka menerbitkan album penuh menjelang akhir tahun ini.

Sekadar rekod, BTS mulai aktif pada sekitar tahun 2013, mereka berjaya mengekalkan populariti mereka di Korea Selatan dan di peringkat antarabangsa sehingga kini.

Sumber : Astro AWANI//Asyraf Roslan