"Artis Juga Mampu Mendidik Anak Ke Menara Gading" - Jasmin Hamid

Rozaimi Zubaidi
Mac 15, 2019 03:51 MYT
Pelakon Jasmin Hamid mengakui bersyukur apabila diberikan peluang untuk melihat kejayaan anak lelakinya, Haziq Macquistan dalam mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semalam.
Menerusi entri di Instagram (IG), Jasmin menjelaskan sebagai seorang selebriti dia juga mampu untuk mendidiknya sehingga berjaya.
"Allah makbulkan doa saya untuk melihat kejayaan Big Boss dalam SPM. artis juga mampu mendidik anak ke menara gading kerana ramai yang beranggapan kerja sebagai artis, pasti pelajaran anak-anak akan terabai dan tidak di berikan perhatian.
"Actually ramai je sahabat-sahabat artis saya yang berjaya mendidik anak-anak mereka ke menara gading. Pepatah tu dah patut di kuburkan dan nak jadi artis pun sebenarnya, harus pandai dalam akademik juga.
"Makin ramai artis sekarang yang berjaya dengan cemerlang dalam bidang akademik. Bidang seni bukan tempat pembuangan sampah seperti pemikiran orang dulu-dulu.
"Anak gagal campak jadi artis. Orang panggil artis otak udang sebab tak pandai akademik tapi itu dulu uols, sekarang masyarakat dah tukar cara pemikiran yang lebih positif," tulisnya.
Menerusi ruang komen, rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Jasmin dan kagum dengan cara dia mendidik anak-anaknya.
#pelakon #Pelakon #Jasmin Hamid