Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Artis Thailand Nyanyi Lagu Tokti, Ini Momen-Momen Menarik Sepanjang Thai Pop 2019

Amri Hassan
12/11/2019 10:14 MYT
Siapa sangka populariti lagu Comel Pipi Merah milik Datuk Seri Siti Nurhaliza melewati negara jiran Thailand.

Terbukti pada showcase Thai Pop 2019 yang berlangsung di IDEAL Convention Centre, Shah Alam pada Ahad lalu, bintang Thailand yang hadir sempat mendendangkan lagu yang tular tahun lalu itu.

Hinggakan persembahan spontan itu mendapat tepukan gemuruh daripada lebih 2,000 penonton yang hadir!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dahlah Pearwah ni comel, nyanyi lagu Tokti @ctdk Comel Pipi Merah lagilah comel! Crowd dekat #dimsumThaiPop2019 semalam pun sporting habis!!! Min love! #MinMasihTakBolehMoveOn

A post shared by dimsum.asia (@dimsumasia) on


Thai Pop 2019 menerbangkan sembilan artis popular Thailand, Sunny Suwanmethanot, Thanapob Leeratanakachorn (Tor), Kritssanapoom Pibulsonggram (Jaylerr), Chonlathorn Kongyingyong (Captain), Ice Paris Intarakomalyasut, Wongravee Nateetorn (Sky), Billkin Putthipong, Kanyawee Songmuang (Thanaerng) dan Nichaphat Chatchaipholrat (Pearwah).

Tepat pukul 6 petang, pentas dibuka dengan lagu The Lucky One nyanyian Tor, Jaylerr, Ice dan Captain sebelum disambut dengan persembahan solo Tor dengan lagu Hua Jai Kaung Tur.

Ice kemudiannya kembali semula ke atas pentas bersama Pearwah. Kali ini, pasangan tersebut berduet menyanyikan lagu My Ambulance.

Terus memanaskan suasana, Thanaerng muncul di atas pentas untuk melantunkan lagu It’s OK dan diikuti oleh Billkin yang membawakan lagu You Are My Everything.

Persembahan pada petang tersebut diteruskan dengan nyanyian Billkin yang kali ini berduet bersama Pearwah menerusi Lost Stars. Sky dan Sunny mengambil alih pentas dan mendendangkan lagu Love Message.

Selain persembahan nyanyian, Sunny, Sky, Thanaerng, Pearwah dan Billkin juga turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan peminat menerusi sesi permainan santai di atas pentas.

Ice kemudiannya menyanyikan lagu Let It Be, dan diikuti oleh Captain dengan lagu Comethru, Jayler dengan lagu Humble dan Jaylerr bersama Tor menerusi Counting Stars. Pentas persembahan ditutup dengan lagu Uptown Funk yang dinyanyikan oleh kesemua artis.

Bagi pelanggan dimsum yang tidak berkesempatan untuk menonton dimsum Thai Pop 2019 secara langsung, rakaman bagi showcase ini akan boleh dinikmati di platform dimsum dalam masa terdekat.
#Thailand #Datuk Seri siti Nurhaliza #Thai Pop 2019