“Artis Tu Sombong, Artis Ni Sombong... Kami Pun Manusia, Ada Perasaan” - Zara Zya

Kamaruddin Razal
Mac 30, 2018 02:00 MYT
Pelakon drama bersiri Monalisa, Zara Zya berkongsi rasa hatinya menerusi entri terbaru di laman Instagram.
Seakan mewakili perasaan hati selebriti lain, Zara mengulas mengenai sikap netizen yang gemar melabel artis dengan gelaran ‘sombong’.
“Sombong. Perkataan yang sinonim keluar dari mulut netizen. Artis tu sombong, artis ni sombong.
“Apa yang boleh saya katakan, kami pun manusia. Ada perasaan... Perasaan sebagai seorang manusia. Manusia kan ada berbagai rasa.
“Sedih, gembira, marah, bermasalah, penat. Macam-macam tau tak. Selain badut, selebritilah manusia yang paling kuat dapat tekanan perasaan tau.
“Waktu kami bekerja, walaupun gundah, kami tetap senyum hiburkan orang lain. Bekerja keras nampak mewah tapi hakikatnya bukan senang.
“Janganlah judge kami semudah sebut ABC. Semua manusia sama. Yang membezakan ialah hati kita sendiri. Kadang-kadang apa yang nampak depan mata pun kita boleh salah tafsir. Apatah lagi kalau dengar dari mulut orang lain. Yang terbaik ialah husnuzon,” tulis Zara.
Di ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan luahan hati Zara.
Peminat juga bersetuju dengan saranan Zara agar semua pihak tidak cepat menghakimi golongan selebriti dan selalu bersangka baik.
Dalam perkembangan terbaru, drama bersiri lakonan Zara, Monalisa kini sedang ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima dan Astro Maya HD.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Zara
#pelakon #Zara Zya #Pelakon