Penerbit terkenal, Datuk A. Aida memilih untuk menyenarai hitam pelakon bermasalah dari berlakon dalam produksi miliknya selepas ini.

A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 54, memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.

“Sebak bila mengenangkan nasib artis ku yang tidak putus putus diberi ujian dan yang paling ku geram, artis yang sekor tu tak ada orang lain ke nak mengorat.

“Sorry artis yang pernah menjadi kesayanganku tidak akan ada peluang lagi untuk mu,’ tulisnya.

BERITA TRENDING: Isu Ruhainies & Aliff Aziz, Akhirnya Risteena Buka Mulut

BERITA TRENDING: Ruhainies Buka Mulut Isu Khalwat Dengan Aliff Aziz - “Ada Beberapa Kenyataan Yang Kurang Tepat”


Difahamkan Ruhainies sepatutnya terbabit dengan penggambaran telefilem berjudul Elham Untuk Nian terbitan produksinya pada April nanti.

Terdahulu, media melaporkan yang suami kepada Bella, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz ditangkap khalwat bersama dramatis Ruhainies.

Ruhainies dan Aliff turut tampil memohon maaf di laman Instastory masing-masing selain memberitahu mereka akan berkongsi kisah sebenar yang terjadi.