Didakwa berkhalwat dengan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, aktres, Ruhainies tampil memuat naik beberapa hantaran Instagram Stories berkaitan kontroversi yang berlaku.

Menerusi entri tersebut, Ruhainies memohon maaf dan berharap agar spekulasi tentang isu tersebut dapat dihentikan sehingga keterangan lanjut disuarakan.

BERITA TRENDING: 3 Jam JAWI Tunggu Aliff Aziz Buka Pintu, Bomba Terpaksa Bantu!

“Bagi menjawab segala spekulasi atas apa yang sedang diperkatakan di semua platform media sosial, saya dengan rendah diri ingin nyatakan di sini, ada beberapa kenyataan yang kurang tepat telah tersebar.

“Walau bagaimanapun, saya ingin memohon maaf kepada semua atas apa yang terjadi.

“Saya juga berharap spekulasi ini dapat dihentikan sehingga saya memberi kenyataan bagi mengelakkan dari kekeliruan dan salah faham. InsyaAllah,” ujarnya.



Terdahulu, pasangan selebriti itu ditahan di sebuah kondominium mewah yang terletak di Kuala Lumpur oleh penguatkuasa Jawi.

Aliff Aziz dan Ruhainies bagaimanapun dibebaskan pada awal pagi Sabtu dengan jaminan.

Kedua-dua selebriti itu bakal didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat.

Sekadar info, ini bukan kali pertama Aliff berhadapan isu kontroversi malah pernah beberapa kali berlaku curang terhadap isterinya, Bella Astillah.

Sumber: Instagram