Ardell dan Adhwa mendedahkan nama serta wajah anak mereka menerusi posting terbaharu di akaun Instagram selepas tujuh hari kelahirannya.
Masing-masing turut memuat naik video pendek yang merakamkan wajah comel Urwa selepas Ardell bersalin.
“Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa. @babyadhwardell ?? My precious baby girl ni lahir pada hari Jumaat juga.
“Alhamdulillah umur dah masuk 7 Hari. Video ni masa lepas Urwa lahir dan diqamatkan.Terima kasih Allah atas kurniaan mu ini,” tulis Adhwa.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya memuji nama dan kecomelan Urwa.
Terdahulu, Adhwa dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019.
Pasangan itu kemudian berkongsi berita gembira mengenai kehamilan anak sulung pada Disember lalu.
Urwa selamat dilahirkan pada 5 June 2020, jam 2.22.22.