"Arwah Meninggal Dalam Senyum, Lepas Kebumi Hujan Pun Turun" - Nadiya Nisaa
Amri Hassan
25/04/2023 02:55 MYT
25/04/2023 02:55 MYT
Pelakon Nadiya Nisaa bersyukur urusan pengebumian arwah bapanya, Allahyarham Kamaruddin Murat di Tanah Perkuburan Baqi, Madinah pada Isnin dipermudahkan.
Berkongsi berita terbabit di Instagram, kata Nadiya, Allahyarham selamat disolatkan di Masjid Nabawi dan disemadikan selepas subuh sekitar pukul 9.13 pagi waktu Malaysia.
"Tiada kata untuk kami sekeluarga gambarkan kebesaran Allah swt serta ihsan yang diberikan kepada ayahanda saya sepanjang hayatnya sehingga dia menghembuskan nafas yang terakhir semalam. Hadiah paling besar untuk kami sekeluarga. Alhamdulillah ‘Ala Kulli Haal.
"Alhamdulillah syukur semua atas limpahan doa-doa keluarga dan sahabat jauh serta dekat. Arwah ayahanda saya selamat disolatkan di Masjid Nabawi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi selepas subuh.
"Arwah meninggal dalam senyum, selepas pengebumian hujan pun turun," kongsi Nadiya.
Allahyarham Kamaruddin sebelum itu dirawat di Madinah di King Salman bin Abdulaziz Medical City, Madinah sewaktu mengerjakan Umrah.
Arwah difahamkan mengalami komplikasi untuk bernafas oleh kerana jangkitan kuman pada paru-paru.