HIBURAN

Arya Saloka Cerai, Amanda Manopo Minta Jangan Kaitkan Dirinya

Maliah Surip 17/04/2025 | 08:28 MYT
Pelakon Arya Saloka akhirnya rasmi memfailkan perceraian kepada isteri, Putri Anne pada 15 April lalu.

BERITA TRENDING: Mahu Jadi ‘Wanita Original’, Amanda Manopo Tolak Pembedahan Plastik

Berita tersebut membuat peminat ‘beralih arah’ kepada aktres Amanda Manopo. Hal itu lantaran sebelum keharmonian rumah tangga Arya dan Putri sempat didakwa berantakan kerana bintang filem Gadis Kretek itu curang.

BERITA TRENDING: Keluarga Anggap Amanda Manopo Belum Berjodoh dengan Billy Syahputra

Namun sebaik berita mengenai Arya dan Putri Anne bakal bercerai tersebar, Amanda dilihat memberi respons agar tidak ada pihak yang cuba mengaitkan dirinya dengan pasangan tersebut.
“Dan tolong jangan sangkut pautkan saya dengan apapun. Saya tidak ada urusan apapun,” tulis Amanda di Instagramnya seperti dilaporkan Kompas.
Pada perkongsian sama, Amanda juga mengatakan dirinya sedang memberi fokus terhadap kesihatan diri.
“Saya sedang memberi fokus kepada kesihatan diri. Doakan agar saya kembali pulih dan sihat,” tulisnya yang turut mempamerkan foto dirinya terbaring di hospital dengan alat bantu pernafasan.
Diketahui, sebelumnya Amanda Manopo kerap dikaitkan menjadi penyebab rumah tangga Arya dan Putri Anne yang dibina sejak tahun 2017 itu bermasalah.
Arya dan Amanda terlibat sama dalam drama Ikatan Cinta.
#cerai #Indonesia #Amanda Manopo #Arya Saloka