Perlukan bantuan Don Arif? Jom jumpa pada 31 Oktober ini di pawagam! ?

ASA 2024: Astro Berjaya Raih 13 Anugerah, Teguhkan Dominasi dalam Dunia Hiburan!

Umirah Halim
27/10/2024 06:34 MYT
Syarikat hiburan dan kandungan terkemuka Malaysia, Astro berjaya merangkul 13 anugerah pada Anugerah Seri Angkasa 2024 pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Sabtu.

Gempak juga berjaya memperoleh satu anugerah menerusi kategori Drama Bersiri Terbaik (Anugerah Media Baharu), Kisah Cinta Phoebe & Ejoi.

Berikut merupakan senarai penuh anugerah yang telah dimenangi Astro di ASA2024:

Drama Bersiri Terbaik Pengarah Drama TV Terbaik Komedi TV Terbaik Majalah TV Terbaik Liputan Berita TV Terbaik PSA & Kapsul TV Terbaik Audio Rancangan TV Terbaik Kesan Khas TV Terbaik Pengimbangan Muzik TV Terbaik Grafik TV Terbaik Drama Bersiri TV Terbaik Skrip Drama TV Terbaik Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik

Anda boleh menyaksikan drama dan program ini menerusi medium penstriman Astro Go dan Sooka.

ARTIKEL BERKAITAN:Astro Raih 16 Anugerah Di Asian Academy Creative Awards 2023!

ARTIKEL BERKAITAN:Cayalah! One Cent Thief Antara Yang Tercalon Dalam ContentAsia Award! Semak Senarai Penuh

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Syafiq Kyle Hadiahkan Vellfire Pada Keluarga, Netizen Bergurau Beli Guna Duit ‘Rompakan’; “Dia Kan One Cent Thief”

ARTIKEL BERKAITAN:Drama Siri Astro Originals, One Cent Thief Cipta Sejarah! Tersenarai Dalam Top 10 Rancangan Terbaik TV Asia 2022

ARTIKEL BERKAITAN:One Cent Thief: Pertembungan ‘Kuasa Jahat’ Sofia Jane & 'Genius Hacker' Syafiq Kyle



Sebagai pemain utama dalam industri ini, Astro terus berada di barisan hadapan dalam menyampaikan pengalaman kandungan premium kepada pelanggannya.

Anugerah ini juga adalah bukti komitmen Astro yang teguh untuk menaikkan standard penyiaran tempatan dan mencipta kandungan luar biasa yang menarik minat penonton dan menginspirasi industri.

Sekadar info, penganjuran ASA 2024 kali ke-36 yang mempertandingkan 60 kategori bertemakan “Kilauan Prestij, Citra Kegemilangan” telah menerima 1,860 pencalonan merangkumi 1,287 untuk kategori TV, 515 kategori radio dan 58 untuk kategori media baharu.
#Astro #Seri #Anugerah #Berjaya #Angkasa #2024 #ASA2024
;