,
Laman Utama

[VIDEO] Syafiq Kyle Hadiahkan Vellfire Pada Keluarga, Netizen Bergurau Beli Guna Duit ‘Rompakan’; “Dia Kan One Cent Thief”

Shahrin Zulkifle
01/01/2023
09:00 MYT

Sebuah video memperlihatkan pelakon Syafiq Kyle membeli sebuah kereta mewah jenis Vellfire untuk dihadiahkan kepada keluarganya mencuri perhatian wargamaya.

Menerusi video yang dimuat naik penjual kenderaan tersebut di laman TikTok, Syafiq atau mama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak dilihat sedang melakukan urusan jual beli bersama individu berkenaan.

“Terbaik Syafiq Kyle, hadiah Vellfire untuk keluarga. Terima kasih sokong Vellfire Golden Eyes (nama syarikat),” tulis penjual tersebut pada kapsyen.

@zarifrecondcar Thank You Syafiq Support Zarif Recond Car | Vellfire Golden Eyes #fyp #foryou #toyota ♬ DJ KNOW ME TOO WELL - REMIX - DJ TANI

Dalam pada itu, kereta mewah yang berwarna serba hitam itu turut dihiasi dengan reben besar bewarna merah di bahagian hadapan kereta.

Sementara itu menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut menumpang gembira selain berbangga melihat Syafiq berkongsi rezeki bersama keluarga.

Pun begitu, ada segelintir wargamaya yang hadir di ruangan komen dengan berbual mengenai watak Iman Shah yang dilakonkan Syafiq dalam drama One Cent Thief baru-baru ini.

Disebabkan jalan cerita drama itu yang mengisahkan seorang pekerja bank menggodam sistem komputer sebelum mencuri satu sen daripada setiap akaun bank pelanggan, segelintir netizen berseloroh kononya aktor itu membeli kereta berkenaan hasil ‘kejayaan’ terbabit dengan jenayah siber.

“Cool mamat ni, cash in transfer satu sen hahah.

“Satu sen dia banyak kan hahaha. Dia kan one cent thief.

“Dia guna duit satu sen daripada bank ke?

“Dia kan perompak satu sen, sekali transaksi boleh dapat 80k haha.

“Hasil merompak satu sen kan hahah,” demikian antara seloroh wargamaya.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Lakonan Haram Kerana Ada Unsur Intim, Boleh Runtuhkan Institusi Keluarga - Mufti Tegur Isu Tular Ibu Anak Berlakon Jadi Suami Isteri

gempak
17/09/2024
05:50 MYT
Sebarang bentuk lakonan yang mempunyai unsur intim adalah haram dan berupaya mendatangkan kemudaratan selain menyumbang kepada keruntuhan institusi kekeluargaan di negara ini.
Berita

Wanita Guna Anak Buat Konten POV ‘Suami’ Di TikTok Undang Pelbagai Reaksi Netizen - “Kak, Tak Elok Buat Video Macam Itu…”

gempak
14/09/2024
00:55 MYT
Menerusi tinjauan Gempak, ada beberapa video yang dimuat naik oleh pemilik TikTok berkenaan menjadikan anaknya sebagai konten ‘Point of View ‘(POV) di mana dia cuba menggambarkan remaja lelaki itu sebagai suami.
Hiburan

“Saya Suka Sebab Itu Saya Buat, Kalau Tidak…” - Siti Nurhaliza Jawab Tuduhan Netizen Kata Tak Ada Job

gempak
11/09/2024
04:55 MYT
Dengan nada yang lembut, Siti Nurhaliza meminta supaya peminat tidak mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Hiburan

Baggio Damasutra Seronok Buat Live Di TikTok, Nafi Terdesak Tiada ‘Job’ - "Saya Masih Aktif..”

gempak
08/09/2024
23:55 MYT
Sering bergiat aktif melakukan siaran langsung di TikTok, vokalis Damasutra, Baggio menafikan dirinya terdesak susulan didakwa tiada tawaran pekerjaan.
Viral

Allahyarham Humaira Repost Hantaran Tentang Kematian 4 Hari Sebelum Maut Kemalangan

gempak
08/09/2024
04:25 MYT
Seakan-akan memberikan petanda awal, Allahyarham Humaira yang maut akibat kemalangan di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, pada Sabtu ada mengulang siar video TikTok berkaitan kematian beberapa hari lalu.