Pelakon Yana Samsudin menggesa pihak tidak bertanggungjawab menyunting fotonya bersama produk yang tidak diketahui kesahihannya agar memadam dan membuat permohonan maaf segera.

Kata Yana, dia tidak mengetahui tentang produk berkenaan sehinggalah fotonya bersama produk menurunkan berat badan itu tular di Facebook.

"Ada pihak yang telah menyamar menjadi saya membuat fake account di Facebook seolah-olah itu saya yang sebenar, menipu pelanggan terutama peminat saya untuk menjual barang iaitu produk yang didakwa boleh menguruskan badan.

"Ini semua tidak benar, tak betul dan saya tak pernah pegang produk ini. Saya tak pernah tengok dan tak pernah makan.

"Boleh saman orang ni sebenarnya tau.. Sebelum saya buat tindakan seterusnya, delete dan buat permohonan maaf. Jangan sampai Kak Yong datang," katanya dalam hantaran video di Instagram.

Jelas Yana, gambar asalnya memegang kerepek dan memakan lontong telah disunting bersama produk yang menggunakan packaging kotak berwarna hijau itu.

Yana juga meluahkan rasa bimbang sekiranya produk itu tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan berkemungkinan mengandungi bahan terlarang.

"Ini gambar sebenar yang telah disunting, memang kartunlah dia edit. Tak level A plus pun, suami saya edit lagi cantik.

"Gambar asalnya saya pegang kerepek. Gambar saya makan lontong pun dia letak juga produk tu di tepi. Dah lah tipu orang guna gambar selebriti.

"Produk itu pun kita tak tahu halal dia, tak ada KKM, entah-entah ada produk racun berjadual. Ada oink oink, kita tak tahulah," tambahnya.

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin)


Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!