Bertitik-tolak dengan cinta terhadap kucing, usahawan adik-beradik viral, Zarif Azrie Zahari dan Zarul Shafiz Zahari dilimpahkan rezeki tidak putus-putus.
Menjadikan motif haiwan peliharaan mereka sebagai cap dagang atau logo utama, kata Zarif, setiap aturan yang disusunkan Allah punyai asbab tersendiri.
Menariknya, laman rasmi Instagram @mjesticofficial perniagaan yang diusahakan mereka ditulis profil pengenalan sebagai baju Melayu 'Meow' (merujuk kepada bunyi kucing).
"Di apartmen yang disewa dulu, masa mula-mula berjinak berniaga... ada 11 ekor kucing. Sampai baju Melayu yang disimpan stok di rumah pun menjadi mangsa kencing haiwan itu.
"Kami percaya aturan cantik ini bagai ada hikmah serta asbab tersendiri kerana suka membela kucing. Dalam Islam sendiri menganjurkan untuk kita berbuat demikian kerana ada kelebihannya termasuk dimurahkan rezeki," kata Zarif.
Zarif dan Zarul yang juga pengusaha jenama baju Melayu pasang siap terutama potongan 'slim fit', Mjestic menjadi antara usahawan baju Melayu paling dicari sepanjang Ramadan tahun ini.
Percubaan suka-suka kerana susah mencari baju Melayu untuk kegunaan sendiri, akhirnya membuka pintu rezeki. Pertaruhan menjual 1000 pasang baju Melayu 'laku keras' hingga habis terjual.
Zarif, 31, selaku abang sulung memikul mandat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) jenama itu berkata langkah diatur bagai dirahmati Tuhan.
"Saya dan adik hanya memiliki latar belakang dalam bidang perniagaan semata-mata. Cuma masa zaman belajar dulu, kami suka menjual baju kasual lelaki. Minat berniaga itu ada.
"Cuma kes kami hingga tercetus nak ceburi perniagaan ini sebab masing- masing susah nak cari saiz baju sesuai yang 'ngam' dengan badan. Kalau nak beli di pasaran, mesti menggelebeh.
"Lalu mulalah inisiatif menempah sendiri baju ikut saiz sendiri. Bila pakai 'ngam', tak sangka kawan pun nak ikut tempah juga. Nampak ada permintaan di situ, jadi kami tak menoleh ke belakang lagi," kata Zarif yang mempunyai tiga adik lagi di bawahnya selain Zarul.
Mengusahakannya perniagaan itu sejak hujung tahun 2017, bermula dari rumah ketika menghuni di apartmen hingga memiliki butik fizikal di Setia Alam, Shah Alam bukti dua lelaki ini tidak main-main.
Kata Zarif, tahun ini, sebanyak 30,000 baju Melayu 'slim fit' dihasilkan menjelang Syawal tak lama lagi.
Namun, sudah lebih 15,000 rangkaian pakaian itu terjual. Jenama ini tidak mempunyai duta khas, namun turut menggunakan pengaruh artis seperti Hafidz Roshdi, Nafiez Zaidi, Rizu Forteen dan Jabir Meftah.
"Fokus niaga kami 60 peratus untuk belian dalam talian termasuk di platform media sosial dan Shopee. Selebihnya di butik fizikal.
"Sekarang pun kami rancak adakan promosi dari 20 sehingga 70 peratus untuk rangkaian produk terpilih. Kami pun hadkan tarikh penghantaran pos sampai 24 April ini kerana nak pastikan tempoh penerimaan itu sampai ke alamat sebelum kita beraya.
"Jadi selepas tarikh itu, kita akan fokus kepada jualan secara online dan di butik fizikal. Boleh tekan pautan https://linktr.ee/mjesticofficial. Tahun ini kami sasarkan keuntungan jualan maksimum sebanyak RM12 juta. Dapat RM8 juta itu pun kira alhamdulillah,” kata Zarif.
Sementara itu, Zarul, 29, yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) pula optimis seleksi 35 warna baju Melayu 'slim fit' mereka ada tarikan tersendiri.
"Potongan baju ini dari saiz XS hingga 3XL untuk lelaki dari usia 18 hingga 37 tahun. Ada zip di sisi dan lengan kerana bersifat mesra wuduk. Tak ketinggalan ada semi 'padding' di bahu supaya nampak terletak dan 'signature' menawan kerongsang bunga di poket.
"Baju Melayu kami juga lebih moden kotemporari dengan kolar jenis 'double' nampak lebih ampuh dan tak mudah kemek. Paling utama, harga dijual serendah RM169 hingga RM189 dengan pemberian tambahan enam aksesori percuma.
"Ia termasuk butang baju, pelitup muka, sampul duit raya, kotak baju, brooch bunga poket dan paper beg edisi terhad untuk melindungi pakaian. Insya-Allah lepas raya kami akan keluarkan baju nikah moden dan tradisional selain abaya bagi memenuhi permintaan pelanggan lelaki dan wanita,” kata Zarul.
Mjestic juga menawarkan peluang kepada ejen atau dropship di luar sana yang ingin menjana pendapatan bersama.
Ada ejen yang telah pun mendapat hasil jualan RM30,000 sebulan dan keuntungan bersih sebanyak RM4,000 sebagai suri rumah. Pengambilan ejen dibuka sepanjang tahun.
Amri Hassan
Fri Apr 15 2022
Meerqeen Kenal Sarah Yasmine - “Kami Akui Pernah Jumpa”
Pelakon, Meerqeen tidak menafikan bahawa dirinya pernah bertemu dengan kekasih gelap kepada Aliff Aziz, Sarah Yasmine. Bagaimanapun, menurut Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, mereka tidak mempunyai sebarang hubungan baik apa lagi menjadi kawan. “Saya fikir saya kenal dan kami pernah jumpa. She’s a fan,” u
“Bubs, Yang, Love” - Sarah Yasmine Dedah Panggilan Manja Aliff-Sophia, Berhubung Guna Akaun Palsu?
Nama pelakon jelita Sophia AlBarakbah hangat diperkatakan apabila Sarah Yasmine memuatnaik tangkap layar perbualan dipercayai antara Sophia dan Aliff Aziz.
Sarah Yasmine Dakwa Sophia Albarakbah Menipu, Berlagak 'Angel'... Beri Kenyataan Palsu Kepada Media?
Selepas pendedahan mengenai Ruhainies, Sarah Yasmine sekali lagi tampil pula mendedahkan tangkap layar perbualan antara pelakon Sophia AlBarakbah dan Aliff Aziz.
"Pahang Negeri Kaya Dengan Khazanah & Destinasi Menarik" - Fizz Fairuz Teruja Sertai Moh Karnival Makmur
Datuk Fizz Fairuz dapat kembali ke Pahang sempena Moh Karnival Makmur yang diadakan di daerah Bera sejak semalam sehingga Ahad ini.
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Tular Foto Bersama Sarah Yasmine, Ini Respons Anna Jobling - “Kami Berjumpa Pertama Kali Dekat…”
Gara-gara tular gambar bersama kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz, pelakon Anna Jobling bagaimana tidak menafikan mahupun mengiyakan mengenai dakwaan dirinya kawan baik wanita bernama Sarah Yasmine itu.
Sheriff: Ramai Terkejut Ada Kodi Rasheed, Netizen Rate 10 Bintang - “Lakonan Dia Memang Top Notch!”
Sekali keluar memang terus bagi impak, pergh!
Netizen Throwback Salah Laku Yang Pernah Dilakukan Aliff Aziz - “Ultimate Disgusting”
Pelbagai kisah lampau serta kontroversi yang melibatkan Aliff Aziz kembali dikongsi oleh netizen.
Muaz Zabir Bermadah Pujangga, Jom Fahami Maksud Perumpamaan Ini! - "Rebung Tak Miang, Bemban Pulak Miang"
Pelakon lelaki yang pernah dikaitkan dengan Bella Astillah, Muaz Zabir tampil berkongsi beberapa petikan peribahasa di Instagramnya.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat