Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ashraf Muslim Tidak Berminat Kongsi Fasal Content Perubatan Islam - "Niat Berubat Itu Untuk…"

Asyraf Roslan
30/10/2024 02:55 MYT
Pelakon, Ashraf Muslim menyatakan dia tidak berminat untuk membuat sebarang konten berkaitan dengan perubatan Islam.

Jelas Ashraf, sebagai pengamal perubatan Islam, dia mahu niat berubat itu dapat memberi manfaat kepada orang ramai dan bukan sebaliknya.


“Sebenarnya saya tak berminat sangat dengan konten sebegitu, sebab orang cakap bila kita buat perubatan islam ini dia ada keistimewaannya.


“Tak semua orang ada, jadi benda-benda macam tu saya risau akan ada kesan yang negatif. “Sebab niat berubat tu adalah untuk memberi manfaat kepada orang lain kita tak nak ada benda yang negatif,” katanya kepada Gempak.

Pemilik nama Muhd Ashraf Muslim,43, juga menyatakan dalam mengamalkan perubatan Islam ini perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas.

ARTIKEL BERKAITAN: Siap Bersilat Satu Bilik, Pegang Keris ‘Ghaib’, Janna Nick Kongsi Semula Momen Ashraf Muslim Buang Sakanya - “Saya Tak Percaya..”

ARTIKEL BERKAITAN: Ternampak Mahluk Halus Ketika Sedang ‘Shooting’, Wafariena Lebih Rela Berdiam Diri - “Masa Mereka Guna Darah Palsu, Benda Itu Muncul…”

ARTIKEL BERKAITAN: Tendang ‘Hantu’ Sampai Patah Rahang, Lelaki Hebat Karate Kalah Saman Taman Tema

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Ayda Jebat Nampak Makhluk Halus, Menjerit Sambil Tunjuk Siling Tandas - “Ini Bukan Kali Pertama…”


“Kadang-kadang pendapat orang berbeza, jadi saya tidak berminat sangat dengan konten seperti itu. “Siapa yang mengenali saya dan nak mintak tolong saya akan tolong.

“Dalam perubatan ini kena orang yang ikhlas, nanti bila kita terlalu sangat berkongsi datang pula yang tidak ikhlas. Jadi sebab itu saya tak membuat sebarang perkongsian.

“Kalau ada yang tanya pasal seram-seram ini saya tak akan cerita. Dan saya akan cerita lebih kepada ilmu supaya diorang faham,” tambahnya.

Namun, Ashraf tidak menghalang sesiapa yang pernah berubat dengannya untuk berkongsi perkara tersebut di media sosial.

Baginya itu adalah hak peribadi untuk membuat perkongsian di media sosial kata Ashraf ketika sidang media Budak Pendamping baru-baru ini.

#Ashraf Muslim #Perubatan Islam #Content
;