HIBURAN

Ashraf Muslim Timang Bayi Kelima, Pilih Nama Ali Ashraf - “Keluarga Saya Makin Bertambah Ahlinya”

Khairil Khusyairi 21/05/2025 | 06:20 MYT
Pelakon, Ashraf Muslim berkongsi berita gembira selamat menimang cahaya mata kelima.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ashraf memuat naik sebuah foto yang memaparkan dia memangku bayi lelaki yang diberi nama Ali Ashraf Mohd Ashraf itu.

“Alhamdulillah, syukur pada Allah S.W.T keluarga saya makin bertambah ahlinya. Selamat datang ke dunia, wahai anakku, Ali Ashraf Bin Mohd Ashrafz. Lahirnya pada 10 Mei 2025, jam 2.57 pagi,” kongsinya.

Tambah pelakon drama Seribu Tahun itu lagi, dia memanjatkan rasa syukur tak terhingga atas kurniaan rezeki cahaya mata itu.

Malah, Ashraf turut mendoakan anaknya itu menjadi anak soleh dan penyejuk mata keluarga.
“Hadirnya membawa sejuta syukur, selaut harapan.

“Wahai Ali, semoga anakanda membesar menjadi anak soleh, penyejuk mata dan hati bagi kami sekeluarga serta membesar dengan iman, akhlak yg terpuji dan keberanian.

“Terima kasih Allah atas segala-galanya,” tutupnya penuh harapan.

Biarpun tidak menyatakan kelahiran anak kelimanya itu hasil perkongsian dari isteri pertama atau isteri kedua, rata-rata pengikut mengucapkan tahniah kepada Ashraf sekeluarga.
Untuk rekod, Ashraf bernikah dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman pada 24 september 2011 di Makkah.
Selepas empat tahun berkahwin, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Anas Ashraf, 9.
Ashraf kemudiannya berkahwin dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand pada 7 Julai 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 10, Adam Ashraf, 9, dan Safiyyah Ashraf, 5.

#pelakon #Anak #Ashraf Muslim #Isteri #Kelima #Timang #Cahaya mati