Laman Utama

"Astaghfirullah Ada Fitnah Saya 'Dibayar'?" - Mila Jirin Perjelas Kekeliruan Isu Subsidi Upah

gempak
Amri Hassan
16/08/2021
05:25 MYT
Sponsor Banner
"Astaghfirullah Ada Fitnah Saya 'Dibayar'?" - Mila Jirin Perjelas Kekeliruan Isu Subsidi Upah
Penyanyi Mila Jirin membidas segelintir pihak yang mendakwa dirinya konon 'dibayar' untuk memuat naik kandungan di Instagramnya baru-baru ini.
BACA: "Sebab Dia Bantu Aku..." - Mila Jirin Menangis Teresak-Esak PM Nak Letak Jawatan
Hal itu termasuk pendedahan subsidi upah yang diterimanya untuk meringankan beban sebagai usahawan ketika pandemik COVID-19 mengancam negara.
"Astaghfirullah ada yang fitnah saya dibayar? Ya Allah subsidi upah bayar pada majikan untuk bayar gaji pekerja.
"Bukan bagi pada saya dan kegunaan peribadi saya.
"Salahkah sebagai hamba Allah untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu?" kata Mila.
Jelas Mila lagi, subsidi upah yang diterimanya diberikan sebagai bantuan untuk majikan membayar gaji pekerja yang layak.
"Fasa 1.0 RM1,200 untuk setiap pekerja, fasa seterusnya RM600 untuk setiap pekerja. Ia bantuan kepada majikan untuk bayar gaji pekerja yang layak," terang Mila lagi.
Penerangan Mila itu membuka mata ramai dan memberikan kefahaman lebih jelas terutama yang keliru tentang subsidi upah tersebut.
Malah, ada yang menerangkan bahawa subsidi itu merupakan hasil pungutan cukai daripada pembayar cukai selama ini.
"Masalahnya duit itu duit pembayar cukai. Bukan duit 'abah' pun. Nak berterima kasih, terima kasih dekat pembayar cukailah. Siapa pembayar cukai? Kita ni, rakyat Malaysia," terang seorang pengguna di Instagram Mila.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live