gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ally Mukhriz Throwback Gambar Kahwin, Netizen Mula Buat Perbandingan Dengan Baju Ezlisa Loy - “Kemungkinan Inspirasi…”
HIBURAN
“Pesan Kat Followers Kau Suruh Diam Perempuan” - Fara Salleh Bengang Dibandingkan Dengan Bekas Isteri Shuk Sahar
HIBURAN
“Respect Sebab Aina Abdul Tulis Lagu Sendiri, Itu Bukti Dia Berbakat” – Man Bai
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

"Sebab Dia Bantu Aku..." - Mila Jirin Menangis Teresak-Esak PM Nak Letak Jawatan

Amri Hassan
Amri Hassan
15/08/2021
22:40 MYT
Sponsor Banner
"Sebab Dia Bantu Aku..." - Mila Jirin Menangis Teresak-Esak PM Nak Letak Jawatan
Penyanyi dan usahawan Mila Jiran berkongsi rasa sedih dan pilu apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan beliau hari ini.
Menerusi hantaran berbentuk video di Instagram, Mila memberitahu dia sedih apabila mengenangkan jasa Muhyiddin terhadapnya selama ini.
"Aku tak tahu kenapa aku sedih. Aku tak pernah pun sedih kalau Perdana Menteri nak letak jawatan sebelum ini.
"Tapi mungkin … Sebab dia bantu aku. Dia bantu aku," katanya.
Tambah pelantun lagu Persis Mutiara itu, dia berharap agar dunia khususnya Malaysia kembali pulih dan berjaya melawan COVID-19.
"Insya-Allah, aku doa sangat, moga Allah mudahkan urusan semua orang di Malaysia. Insya-Allah, angkatlah Covid-19 ini jauh-jauh ya Allah.
"Insya-Allah, kita bergantung harap kepada Allah. Allah ada. Minta maaf kawan-kawan. Teremosi pula," ujarnya.
Video yang dimuatnaik pada Ahad itu telah ditonton lebih 170,000 kali dan turut dikongsikan di laman Twitter yang turut menarik perhatian netizen.
?? sedihnya PM nak letak jawatan ?? pic.twitter.com/EqAdOa4eur
— Cringe Malaysian?? (@cringemalaysian) August 15, 2021
Terdahulu, Mila berkongsi hantaran di media sosialnya mengenai jasa Muhyiddin yang turut membantu meringankan bebannya sebagai usahawan.
"Saya antara pemerima subsidi upah. Subsidi upah yang amat banyak membantu syarikat dalam membayar gaji pekerja. Lingkungan RM76K/Month bagi fasa pkp 1.0 dan RM38K bagi fasa seterusnya hingga sekarang.
"Subsidi upah banyak bantu saya dalam kelangsungan saya membayar gaji pekerja dan menstabilkan aliran tunai yang sangat terjejas.
"Para pekerja saya pun ramai yang dapat BPR," kata Mila.
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Viral
#Instagram
#Netizen
#Mila Jirin
#Perdana Menteri
#Menangis
#Bisnes
#Letak Jawatan
#Usahawan
#Muhyiddin Yassin
#Katering
#Bizmilla
#Subsidi
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement