Berita baik untuk pencinta sukan badminton, Astro AEC tampil dengan dokumentari The Precious Feathers yang akan ditayangkan dalam lapan episod.

The Precious Feathers akan ditayangkan di saluran 306 (HD), saluran 346, On Demand dan Astro GO pada setiap Ahad jam 9.00 malam bermula 28 Jun ini.

Diarahkan oleh Bong Jia Xi, dokumentari ini menampilkan perjalanan dan semangat sekumpulan pemain badminton muda yang sebelum ini menyertai Astro Kem Badminton (AKB).

Siri dokumentari ini mengisahkan tentang impian 2700 kanak-kanak yang berusia 10 hingga 12 tahun yang berusaha keras untuk ke Pusat Latihan Nasional Tokyo, Jepun tahun lalu.



Selain menyaksikan kejadian di gelanggang, penonton juga berpeluang untuk pelbagai cabaran yang dihadapi mereka ketika di luar gelanggang yang semestinya mencabar keupayaan mental dan fizikal.

Kanak-kanak yang menyertai AKB yang ditampilkan dalam dokumentari ini berasa sangat teruja kerana kisah mereka diceritakan kepada umum.

Salah seorang daripada peserta AKB, Owen Low meluahkan rasa teruja melihat dirinya dan rakan-rakan di kaca televisyen.

"AKB adalah satu program yang bagus kerana kami semua dilatih oleh jurulatih negara dan diberikan peluang oleh pihak Astro untuk berlatih bersama pasukan Japanese National Junior serta jurulatih mereka di Tokyo.

"Ia merupakan satu pengalaman yang menakjubkan dan meninggalkan kesan dalam hidup saya," katanya.

Untuk rekod, AKB mula dilancarkan pada tahun 2012 sebagai platform untuk kanak-kanak melibatkan diri dalam sukan badminton.

Sehingga hari ini, 70 peratus daripada anggota pasukan Malaysian Junior di Akedemi Badminton Negara adalah alumni daripada program AKB.