Hiburan

Astro Muncul Antara 10 Jenama Pilihan Komuniti

gempak
Kamaruddin Razal
02/06/2020
06:56 MYT
Sponsor Banner
Astro Muncul Antara 10 Jenama Pilihan Komuniti
Memberikan hiburan kepada rakyat Malaysia sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah membuatkan Astro dinobatkan sebagai jenama yang menjadi hero komuniti.
Sebuah firma teknologi terkemuka, Vase.ai menjalankan kaji selidik dalam kalangan 1,083 responden dan mendapati 10 jenama terkemuka negara, termasuklah Astro dihargai kerana usaha masing-masing dalam menyumbang kepada kebajikan rakyat ketika memerangi pandemik global.
Dalam sebuah laporan, Vase.ai menjalankan kaji selidik dalam talian pada 8 April lalu untuk mengenal pasti jenama yang diiktiraf kerana inisiatif dan sumbangan mereka semasa krisis COVID-19.
Langkah Astro untuk memberi akses percuma kepada 22 saluran, termasuklah saluran filem untuk para pelanggannya sepanjang PKP di hargai oleh komuniti.
Antara jenama lain yang turut diiktiraf dalam senarai 10 jenama terbabit termasuk Digi, Celcom, Maxis, Gardenia, Dettol dan Shopee.
Selain memberi akses percuma kepada pelbagai saluran bagi pelanggannya, Astro turut menawarkan platform Astro GO secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.
Inisiatif berkenaan dimulakan pada 18 Mac bersempena PKP dan ia merangkumi saluran seperti HBO, FOX Movies, Celestial Movies, tvN Movies, BollyOne dan banyak lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live