Astro Originals kembali dengan siri bahasa Cina terbaharu, The Queen’s Ploy yang mengangkat sisi gelap sifat tamak yang ada dalam diri manusia.

Kisah The Queen’s Ploy bermula apabila karakter bernama Fang Hua, lakonan Soo Wincci, yang sentiasa terbuka untuk membantu orang yang memerlukan.

Kehidupannya bertukar tragis apabila menjadi mangsa penipuan, sehingga menyebabkan dia kehilangan dana pendidikan anak perempuannya.

Namun, pertemua Fang Hua dengan seorang lelaki bernama Profesor Choy (Jack Lim) mengubah kehidupannya 180 darjah, daripada mangsa kepada pemangsa.

Menariknya, menerusi siri ini, Soo Wincci berjaya menghidupkan watak Fang Hua yang pada asalnya dikenali sebagai wanita tetapi akhirny bertukar menjadi Ratu Penipuan yang kejam.

The Queen’s Ploy mengangkat betapa buruknya kesan yang akan dialami jika seseorang itu terjebak dengan penipuan.

Selain Soo Wincci dan Jack Lim, The Queen’s Ploy turut menampilkan Yise, Shir Chong, Joey Leong, Kryston dan Daniel Fong.

Saksikan The Queen's Ploy bermula 6 Oktober 2023, setiap Jumaat di Astro AEC (saluran 306) dan Astro GO, atau strim satu episod lebih awal secara On Demand.

Untuk maklumat terkini tentang Astro Originals bahasa Cina, ikuti Facebook rasmi Astro AEC.

BACA: Astro Raih 16 Anugerah Di Asian Academy Creative Awards 2023!​