Hiburan

Astro Perluas Perkhidmatan Jalur Lebar Menerusi Kolaborasi Bersama Allo

gempak
Kamaruddin Razal
27/04/2020
19:58 MYT
Sponsor Banner
Astro Perluas Perkhidmatan Jalur Lebar Menerusi Kolaborasi Bersama Allo
Astro Malaysia Holdings Berhad dan Allo Technology Sdn. Bhd. mengumumkan pemeteraian sebuah kerjasama strategik di antara kedua-dua pihak yang mana Astro akan menawarkan pakej perkhidmatan gabungan jalur lebar dan kandungan unik kepada pelanggan sedia ada dan baharu di kawasan-kawasan residensi, dihubungkan oleh Allo.
Menerusi penawaran ini, residen atau penduduk di sekitar kawasan yang terlibat bakal menikmati perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi beserta dengan sajian kandungan terbaik Astro. Ini merupakan sebahagian dari usaha Astro dalam menyokong program kendalian Kerajaan, Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara atau NFCP.
Perjanjian tersebut ditandatangani oleh kedua-dua Ketua Pegawai Eksekutif syarikat masing-masing, dengan Henry Tan mewakili Astro dan Rodzi Ahmad mewakili Allo.
"Di sebalik pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perniagaan syarikat tetap perlu diteruskan.
"Justeru, hari ini kami amat berbesar hati mengumumkan kerjasama strategik yang terjalin bersama Allo dalam menawarkan pakej perkhidmatan gabungan jalur lebar dan kandungan.
"Allo mempunyai perancangan kukuh dan agresif untuk melancarkan inisiatif ini di seluruh negara dan kami yakin, menerusi kolaborasi ini, ia membuka peluang yang cukup luas buat kami untuk terus mengembangkan jangkauan, sejajar dengan pelan strategik jalur lebar syarikat.
"Kerjasama dengan Allo ini bakal memperluaskan lagi perkhidmatan pas-tontonan-di rumah (“home-passes”) menerusi jalur lebar sedia ada bersama TM, Maxis dan TIME, kepada lebih 150,000 isi rumah yang baharu dan segmen perniagaan, dalam jangka masa 18 bulan akan datang.
"Usaha ini akan membantu Astro dalam memanjangkan lagi capaian perkhidmatan jalur lebar kami lebih dari hanya di kawasan bandar-bandar utama, ke kawasan yang tidak memiliki liputan perkhidmatan oleh rakan-rakan perkongsian sedia ada termasuklah di Alor Gajah, Cyberjaya, Bangsar South dan banyak lagi kawasan pinggir bandar," Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Allo, Rodzi Ahmad berkata, Allo akan terus berusaha memperluaskan jejak fiber di seluruh negara menerusi inisiatif NFCP ini, dimulakan dengan Melaka, Perak, Johor, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.
"Kami begitu mengalu-alukan kolaborasi yang dimeterai bersama Astro ini, agar kedua-dua pihak boleh terus maju dan sukses dalam menjayakan rancangan pengembangan ini.
"Allo sentiasa memberi tumpuan dalam membangunkan sambungan fiber atau gentian ke kawasan-kawasan yang tidak dapat ditembusi namun begitu pada masa yang sama mempunyai faktor berdaya maju secara komersial.
"Kerjasama ini secara tidak langsung membenarkan kami memanjangkan lagi perkhidmatan gabungan jalur lebar dan kandungan ke kawasan-kawasan yang disebut ini agar pengguna-pengguna yang sebelum ini tidak memiliki akses kini mampu menikmati perkhidmatan ini.
"Menerusi peruntukan yang dibuat dalam konsep borong (wholesale) pembangunan infrastruktur yang diberi secara akses-terbuka, di mana membenarkan beberapa jenis perkhidmatan ditawarkan dari Penyedia Perkhidmatan Runcit.
"Allo menjangkakan perkhidmatan gabungan jalur lebar dan kandungan ini akan ditawarkan dalam pakej harga yang cukup kompetitif dan mampu dimiliki oleh pelanggan," kata Rodzi.
Sebagai sebahagian dari kolaborasi ini, Astro boleh menjual semula semua produk-produk jalur lebar keluaran Allo, termasuklah pakej jalur lebar yang berkelajuan sehingga 1 Gbps.
Sempena pelancarannya, Astro bakal menawarkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi dengan pakej kos yang amat menjimatkan, yang mana pakej 50 Mbps dan 100 Mbps masing-masing ditawarkan dengan harga RM99 dan RM129.
Dengan harga ini, pelanggan akan ditawarkan sajian kandungan dari Pek Famili Astro yang memiliki lebih dari 60 saluran, termasuklah Astro Ria, Astro Prima, Astro Arena, Astro Awani, Astro AEC, Astro Xiao Tai Yang, NatGeo WILD, dan FOXlife serta kandungan-kandungan yang didatangkan dalam versi berdefinisi tinggi atau HD.
Selain daripada merapatkan jurang digital di antara penduduk bandar dan pinggir bandar, Tan turut menjelaskan bahawa tawaran yang dibuat ini secara tidak langsung turut meningkatkan penglibatan pelanggan kerana menerusi gabungan pakej yang ditawarkan ini, ia membenarkan pelanggan menikmati sajian kandungan televisyen kegemaran mereka dan ribuan program sedia untuk diakses di platform On Demand menerusi set dekoder bersambung, ataupun menerusi alat-alat peranti masing-masing seperti telefon bimbit atau tablet.
Astro Broadband Bundle adalah unik kerana bukan sahaja memenuhi gaya hidup keluarga moden, tetapi juga keperluan individu untuk maklumat, hiburan dan terus berhubung. Setiap pelanggan juga akan mendapat akses percuma Astro GO yang mana membolehkan mereka untuk strim video-video pilihan, pada bila-bila masa. Pelangan turut disarankan untuk membuat penyambungan kepada set dekoder masing-masing bagi mendapatkan akses kepada lebih dari 15,000 program-program terbaik di platform On Demand. Ini merupakan sebahagian dari pakej pembelian.
Buat pembaca Gempak, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live