Astro Shaw Bakal Tampil Dengan Don Dukun! Kisah Bomoh Insta Famous Dari Pelbagai Kaum

Mya Amri
Julai 19, 2022 05:55 MYT
Selaku penerbit, Astro Shaw terus aktif dalam menghasilkan filem dan antara yang terbaru dalam pembikinan adalah Don Dukun.
Filem ini mempersembahkan gabungan pertama kali dalam filem tempatan ‘bomoh’ dari pelbagai bangsa yang berkonsepkan komedi.
Don Dukun membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Douglas Lim, Sangeeta Krishnasamy, Marsha Milan, Ropie, Dato Yusof Haslam, Sharifah Aryana, Sharifah Husna, Serra Kamal, Aloy Paradoks, A Galak, Puteri Qaseh dan Cassia Iman.
Istimewanya lagi, menerusi filem ini juga bakal menyaksikan Zul Ariffin tampil dengan sisi berbeza apabila tampil menjayakan watak utama dengan karakter humor.
BACA: “Duduk Seorang Pun Boleh Nervous” - Zul Ariffin Gementar Sebab Don Dukun
Don Dukun diarahkan oleh Waan Hafiz dan skrip oleh Junad M.Noor bersama Amin Shakib.
Nantikan kemunculan filem komedi seram Don Dukun yang dijangka menemui penonton tahun hadapan di pawagam seluruh tanah air.
Ikuti perkembangan filem Don Dukun di media sosial Astro Shaw di TikTok, Twitter, Instagram dan Facebook.
Sinopsis:
Don Dukun mengisahkan tentang Don Arif yang merupakan bomoh luar biasa dan berasal daripada keturunan bomoh terkenal.
Sebagai 'influencer' media sosial, dia sering memikirkan cara baru untuk meraih populariti. Dengan bantuan Jaafar, penolong kanannya, mereka berjaya ‘menyembuhkan’ seorang wanita yang dirasuk semasa Konvensyen Bomoh sedang berlaku.
Upacara itu kemudiannya menjadi viral dan sejak peristiwa itu Don Arif semakin terkenal. Maka bermulalah perjalanan baru kehidupannya dengan mendapat permintaan tinggi untuk menggunakan khidmatnya.
#Astro Shaw #Don Dukun