Susulan penangguhan acara sukan di peringkat global baru-baru ini, Astro telah memutuskan untuk memberi potongan khas kepada pelanggan Pek Sukan penuh (untuk pelanggan kediaman sahaja) sebanyak RM20 sebulan bagi dua bil berikutnya.

Keputusan ini merupakan antara langkah-langkah proaktif yang diambil Astro bagi membantu pelanggannya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), termasuklah penyediaan saluran dan kandungan tambahan secara percuma.

Kini, dengan PKP Bersyarat, pelanggan Pek Sukan boleh terus menyaksikan semua saluran secara percuma (untuk pelanggan kediaman sahaja, tidak termasuk filem Pay Per View dan acara lain), sementara pelanggan lain boleh menikmati saluran Berita, Pembelajaran, Filem Asia dan Stay Home Concert secara percuma.

“Pandemik COVID-19 telah mengganggu banyak acara di seluruh dunia, termasuklah siaran langsung acara sukan, terutamanya sepanjang dua bulan terdekat ini. Oleh itu, kami yakin potongan khas secara one-off ini adalah tindakan yang betul bagi pihak kami. Pelanggan aktif Pek Sukan sehingga 31 Mei akan menerima potongan harga dalam 2 bil berikutnya pada bulan Jun dan Julai.

“Kami gembira melihat siaran langsung acara sukan membuat kemunculan semula. Selain memilih momen-momen terbaik dan kandungan sukan lain, Astro telahpun menyiarkan secara langsung acara sukan Bundesliga, K-League dan UFC pada hujung minggu lalu dan akan menyiarkan lebih banyak acara dan liga sukan secara langsung apabila mereka disambung semula. Kami kini dalam perbualan proaktif bersama pemegang hak tentang kemunculan semula siaran langsung acara sukan,” kata Ketua Bahagian Sukan Astro, CK Lee.

Untuk maklumat lanjut, layari www.astro.com.my. Bagi jadual siaran acara sukan secara langsung, ikuti laman media sosial Astro dan Stadium Astro.