Siapa sangka yang dulunya seorang pemain gusti dalam sukan wrestling WWE kini bergelar seorang pelakon terkenal dunia. Figura yang dimaksudkan ialah The Rock.

Sejak The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Douglas Johnson melangkah ke dalam industri seni bermula dengan filem pertamanya The Mummy Returns (2001), ternyata peminat seluruh dunia menerima baik hasil lakonanya.

Malah, sehingga kini banyak filem lakonanya yang menjadi box office dan dia turut dikatakan menjadi aktor Hollywood dengan bayaran tertinggi.

Oleh itu, jom kami kongsikan kepada anda enam filem hebat lakonan The Rock yang boleh ditonton menerusi platform Astro Go:

#1. Black Adam

Black Adam menceritakan Teth-Adam yang dipenjara selama 5.000 tahun setelah dianugerahi kekuatan dari dewa-dewa Mesir. Dia dibebaskan dari makam duniawinya, siap untuk melepaskan bentuk keadilannya yang unik di dunia modern. Black Adam diberi satu set kekuatan yang mencakup S untuk stamina Shu, H untuk kecepatan Horus, A untuk kekuatan Amon, Z untuk kebijaksanaan Zehuti, A untuk kekuatan Aten, dan M untuk keberanian Mehen.

Link: https://astrogo.astro.com.my/link/URSkZEbcGqAYG8547

#2. Skyscraper

Will Sawyer, bekas ketua Pasukan Penyelamat Tawanan FBI juga veteran perang A.S., yang kini memegang jawatan menaksir keselamatan sesebuah pencakar langit. Sewaktu tugasan di China, dia dianiayai kerana kebakaran yang tiba-tiba memakan bangunan yang tertinggi dan paling selamat di dunia. Bukan sahaja dia harus membersihkan namanya dan menjejaki dalang-dalang sebenar, dia juga harus mencari jalan untuk menyelamatkan keluarganya yang terperangkap dalam bangunan yang terbakar itu.

Link: https://astrogo.astro.com.my/link/qcq8YGKDZzVLV6QW7

#3. Central Intelligence

Dibuli ketika remaja kerana terlalu gemuk, Bob Stone muncul di pertemuan semula sekolah tingginya dengan tubuh yang cergas dan muscular. Ketika di sana, dia terjumpa Calvin Joyner, akauntan yang bercakap pantas yang merindui hari-hari kegemilangannya sebagai atlet yang popular. Kini Stone, ejen CIA yang berbahaya memerlukan kemahiran Calvin dalam nombor untuk membantunya menyelamatkan sistem perisik A.S. yang dikompromikan. Mereka terlibat dalam tembak-menembak, pengintipan dan pengkhianatan ketika cuba menghindari kekacauan di seluruh dunia.

Link: https://astrogo.astro.com.my/link/MM8xc3E1n18teqkFA

#4. Baywatch

Apabila gelombang jenayah melanda pantai, Mitch Buchannon yang terkenal mengetuai skuad penyelamat pantai dalam misi untuk menyelamatkan teluk. Disertai rekrut yang jelita termasuk bekas ahli Olimpik, Matt Brody, mereka menyamar untuk menumpaskan usahawan wanita tidak berhati perut yang mempunyai rancangan jahat untuk mengancam masa depan teluk itu.

Link: https://astrogo.astro.com.my/link/roN5xmyHjBs42xnR6

#5. DC League of Super-pets

Rakan baik yang sukar dipisahkan semenjak kecil, Krypto Super-Dog dan Superman berkongsi kuasa luar biasa menentang jenayah bersama di Metropolis. Apabila Lelaki Waja dan yang lain dari Justice League diculik secara mengejut, Krypto perlu meyakinkan sekumpulan segala macam haiwan untuk mengasah kuasa mereka yang baru ditemui bagi melancarkan misi menyelamat.

Link: https://astrogo.astro.com.my/link/Kgb9wRsQmnH9pukv5

#6. Fast and Furious

Apabila pelarian Dominic Toretto kembali ke Los Angeles untuk menuntut bela atas kematian orang yang disayangi, ia menghidupkan kembali permusuhan dengan ejen Brian O’Connor. Tetapi, ketika mereka berlumba sepanjang jalan di bandar yang penuh sesak dan melalui garisan antarabangsa, mereka harus menguji kesetiaan mereka dengan bekerjasama menumpaskan musuh yang sama.

Link: https://astrogo.astro.com.my/link/2nw5C17ZDFfSAshd9

Tiada Astro Go untuk menonton filem The Rock yang menarik di atas? Jangan risau, Ikut cara mudah ini untuk memuat naik Astro Go di telefon pintar dan gajet anda sekarang.