HIBURAN
Nekad Nak Cerai Sejak Mei, Isteri Fikry Ibrahim Ada Sebab Nak Berpisah - “Minta Maaf Saya Tak Boleh…”
Isteri kepada pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim iaitu Siti Khalizah Alihan enggan mengulas lanjut mengenai tuntutan permohonan perceraian terhadap suaminya.
Tak boleh beri komen
Menurut Khalizah, dia tidak mampu memberikan sebarang penjelasan kepada pihak media buat masa ini.Khaliza berkata demikian ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur untuk memfailkan permohonan perceraian pada Khamis.“Minta maaf saya tak boleh berikan apa apa komen sekarang,” katanya kepada Gempak.
Fikry tak hadir
Bagaimanapun, peguam yang mewakili Khalizah iaitu, Wan Muhammad Afiq, memberitahu Fikry tidak hadir ke mahkamah dan akan menetapkan tarikh baharu pada September nanti.“Prosiding seterusnya adalah pada 10 September 2025,” jelasnya.“Hari ini adalah sebutan pertama, namun defendan (Fikry) tidak hadir dan mahkamah menetap satu tarikh baharu untuk kedua-dua pihak mencapai kata sepakat untuk berdamai.
ARTIKEL BERKAITAN:Isteri Fail Cerai Selepas 4 Bulan Kahwin, Ini Respons Fikry Ibrahim
ARTIKEL BERKAITAN:Fikry Ibrahim Lebih Matang Lepas Berkahwin - "Dulu Fikir Diri Sendiri Je, Sekarang Nak Jalan Laju Pun Ingat Isteri Di Belakang"
Tambahnya lagi, punca perceraian mereka berlaku disebabkan tidak mempunyai ketidaksefahaman antara mereka.Dalam pada itu, peguam Wan Muhammad Afiq berkongsi Khalizah telah menfailkan perceraian pada sekitar bulan Mei lalu.“Saya hanya boleh maklumkan punca perceraian adalah tiada kesefahaman. Pihak defendan sudah terima surat permohonan cerai daripada pihak kami,” katanya.
“Khalizah menfailkan cerai sekitar Mei. Buat masa ini, Khalizah masih mahu berbincang untuk berdamai, masih mahu beri ruang untuk pendamaian,” ujarnya.
Terdahulu, Fikry dan Siti Khalizah dilaporkan melangsungkan perkahwinan di Jitra, Kedah, pada 12 Februari lalu.
Must-Watch Video