Santai hujung minggu ini dengan banyak program serta filem dan siri menarik di platform Astro GO!

Paling dinantikan adalah konsert pertama Big Stage musim kelima (Big Stage 5) yang akan bersiaran pada 7 Mei, hari Ahad ini!

Buat pertama kalinya ia bakal menampilkan Elly Mazlein sebagai hos utama. Selain itu, bintang Big Stage musim ke-4, Aisha Retno bakal tampil sebagai hos Studio Big Stage dan Backstage Big Stage.

Seramai sepuluh daripada mereka telah dipilih daripada Malaysia. Manakala empat bintang lain yang turut tersenarai adalah peserta daripada Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura dan Korea Selatan yang akan diperkenalkan pada konsert minggu pertama kelak.

Berikut merupakan antara lima pilihan terbaik untuk anda tonton dan tidak ketinggalan hujung minggu ini!

1. Big Stage 5

Rancangan pertandingan nyanyian yang menampilkan bakat-bakat generasi muda ini bakal diriuhkan dengan kekuatan vokal dan saingan yang kompetitif oleh barisan pesertanya yang hebat. Big Stage bakal bersiaran Ahad ini jam 9 malam di Astro Ria.

Antara yang akan bersaing dalam ‘Big Stage 5’ adalah Isaac Voo, Firdaus Rahmat, Meer Nash, Naufal Azrin, Aufahanie, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz (Duo) serta kumpulan M-pop perempuan, COEX yang terdiri daripada Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan.

2. Imam Instant Uztazah Scammer

Imam Ashraf dan Ustazah Effa bertemu di Kg Ramadan, dan perlu bekerjasama untuk menyelesaikan masalah penduduk kampung sambil bercinta antara satu sama lain tanpa mengetahui identity sebenar mereka.

Link: https://astrogo.astro.com.my/link/uyCSXBr3nfFhc6TD8

3. She Was Pretty

Nadia seorang yang cantik sehinggalah alam dewasa mengubah penampilannya. Dia bertemu kembali dengan cinta zaman kanak-kanaknya, Haniff. Dia meminta kawan baiknya, Kejora berlakon menjadi dirinya.

Link: https://astrogo.astro.com.my/link/XgqQBe5yojpJXJzd9

4. Andai Itu Takdirnya

Takdir menemukan Syed Aizril dan Aleya kembali, namun ego membutakan hati mereka.

Link: https://astrogo.astro.com.my/link/ZN1hSYu3VbCekmWR8

5. Astro Original: The Patient

Siri TV Cina bertemakan AIDS pertama Astro Originals, menceritakan kisah bakal pengantin perempuan, Fang Sipei yang dijangkiti AIDS selepas diserang secara seksual oleh Liu Yuansheng, dan kehidupannya yang biasa berubah.

Link: https://astrogo.astro.com.my/link/8M8yrjYVHEAv8hat6

Saksikan semua program menarik di atas hanya di Astro GO! Tiada Astro GO? Jangan risau, ikut cara mudah ini untuk memuat naik Astro GO di telefon pintar dan gajet anda sekarang.

● Muat naik aplikasi Astro GO dengan hanya klik di sini (Google Play Store) atau di sini (Apple Store). Cara lain ada juga boleh strim secara terus melalui komputer riba anda di astrogo.astro.com.my
● Sambungkan Astro ID anda kepada Astro GO dengan mengikuti step di sini
● Log masuk Astro GO dengan mendaftar menggunakan Astro ID anda
● Pilih dan layan drama kegemaran anda sekarang
● Atau scan QR code di bawah untuk mendaftar