Penyanyi baru Muna Shahirah akui mengalami gangguan emosi selepas ditinggalkan oleh bekas kekasihnya.

Menurut Muna, kejadian berkenaan berlaku hampir sebulan yang lalu ketika single terbarunya Suratan Luka dilancarkan.

"Disebabkan itu ramai anggap ia adalah gimik, namun sebenarnya tidak.

"Memang apa yang cuba disampaikan pada lagu Suratan Luka berlaku pada saya. Kira macam badi jugalah.

"Mungkin orang ingat gimik sebab Muna sebelum ni tak pernah nak luah apa-apa yang beremosi atau sedih-sedih. Sekali bila emo semua ingat gimik," katanya.

Jelas Muna atau nama lengkapnya Muna Shahirah Munadi, 25, kejadian berkenaan juga memberi impak besar terhadap aktiviti sehariannya.

"Saya jadi teruk sampai tak lalu makan dan asyik menangis. Kejap-kejap menangis, sebelum show atau selepas show semua saya akan menangis.

"Selain itu berat badan saya juga turun lapan kilogram dalam masa seminggu. Selepas hampir sebulan lebih baru saya ok balik," katanya.

Muna berkata demikian ketika sidang media Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) yang berlangsung semalam.

BACA: AME2020: Nabil Ahmad & Jihan Muse Kekal Hos, 3 Kategori Baru Diperkenalkan!

Untuk rekod, Muna popular dengan Takdir Cinta disusuli Teguh Setia sebelum kemudiannya muncul dengan single Suratan Luka.

Sejak dilancarkan di YouTube pada Disember lalu, muzik video Suratan Luka telah mencapai tontonan sebanyak 242,000 tontonan.