“Keberanian untuk meminta bantuan bukan hanya bergantung kepada ketersediaan perkhidmatan tetapi juga kepada persepsi masyarakat yang sering kali dipenuhi stigma,” katanya.
Sementara itu, Anita turut menegaskan bahawa di MIIASA tiada paksaan bagi seseorang individu itu untuk berkongsi masalah mereka.
Ia adalah pilihan peribadi yang bergantung kepada keselesaan masing-masing.
Namun, salah satu langkah awal yang sangat disarankan adalah untuk bercakap dengan seseorang.
“Bagi perspektif MIASA tiada paksaan untuk individu itu nak kongsi masalah mereka macam mana, ia bergantung apa-apa yang mereka selesa, apa yang anda hadapi boleh kongsi kalau selesa.
“Tapi kalau kita dah rasa mungkin ada simptom awal sebagainya ia disarankan untuk pergi clinical psykitiaris atau klinikal psychologist untuk pergi diagnosed mental health.
“Untuk pertama kali session dah boleh buat diagnosis kalau pesakit itu kongsi masalah.
“Yang paling penting cakap dengan seseorang,”katanya lagi.
Bagi mereka yang berjuang dengan masalah kesihatan mental, berani untuk meminta bantuan adalah langkah pertama yang penting.
Sekadar info, MIASA merupakan satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengadvokasikan kesihatan mental dan menyokong mereka yang bertarung dengan penyakit mental (peer) dan penjaga adalah untuk mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan mental dan untuk memperbetulkan tanggapan dan kekeliruan masyarakat mengenai isu kesihatan mental dan penyakit mental serta menyediakan sokongan kepada ‘peer’ dan penjaga mereka melalui pelbagai program dan aktiviti kesedaran dan sokongan.
Sementara itu, untuk pengetahuan anda Astro Shaw bakal mempersembahkan drama Projek; Exit arahan Zulaikha Zakaria yang akan mengetengahkan isu remaja dalam mengharungi masalah kesihatan mental.
Projek; Exit akan ditayangkan secara eksklusif di Astro mulai 1 November 2024.
Drama ini akan dibintangi oleh pelakon hebat seperti Mierul Aiman, Nabila Huda, Naim Daniel, Shasha Abedul dan ramai lagi.
Sinopsis Projek; Exit
Setelah gagal dalam percubaan untuk membunuh diri, seorang remaja perempuan dengan masalah depresi dihantar ke asrama juvana/ pusat pemulihan akhlak. Dia bertemu seorang remaja lelaki di mana mereka berdua berkomplot untuk lari dari pusat itu.