Hiburan

Shasha Abedul Hidap Depresi & Anxiety - “Saya Pergi Terapi & Jumpa Pakar Psikologi, Alhamdulillah Semakin Baik”

gempak
Mya Amri
21/10/2024
08:25 MYT
Sponsor Banner
Shasha Abedul Hidap Depresi & Anxiety - “Saya Pergi Terapi & Jumpa Pakar Psikologi, Alhamdulillah Semakin Baik”
Pelakon, Shasha Abedul akui dirinya pernah mengalami masalah gangguan mental seperti depresi, keresahan berpanjangan sehingga diserang panik.
Berkongsi mengenai perkara tersebut, Shasha berkata situasi itu berlaku tiga tahun lalu sehingga menyebabkan dirinya perlu mendapatkan rawatan daripada pakar psikologi dan ahli terapi.
“Tiga tahun lalu, saya mengalami gangguan mental, murung, resah dan kerap diserang panik. Tapi saya tak sampai tahap nak cederakan diri sendiri.

“Bila tahun pertama saya rasakan perkara itu saya tak tahu macam mana nak mengawalnya.

“Saya pergi jumpa ahli terapi dan pakar psikologi untuk kenal pasti apa yang saya alami dan macam mana nak tangani,” katanya.
Shasha berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana dan sidang media drama bersiri Astro Originals berjudul Project: Exit bertempat di Dadi Cinema, Pavillion Kuala Lumpur baru-baru ini.

BERITA TRENDING: Rujuk Semula Dengan Bekas Isteri? Fazley Serah Kepada Tuhan - "Saya Masih Cakap I Love You, Adik"

BERITA TRENDING: Hanya Jadi Diri Sendiri, Qistina Raisah Tak Kisah Netizen Kritik Penampilan Seksi - “Baju Saya Pilih, Mak Akan Tapis Dahulu..”

Bagaimanapun kata Shasha, keadaannya kesihatannya kini semakin baik namun enggan bergantung dengan pengambilan ubat yang disarankan oleh doktor memandangkan dia turut menjalani sesi terapi.

“Selepas tahun ketiga, doktor ada bagi saya ubat. Tapi saya tak makan kerana saya tak mahu bergantung dengannya sebab itu juga saya jumpa ahli terapi.

“Jadi, saya dapat keseimbangan dari situ. Pakar psikologi, dia doktor yang memang akan bagi ubat. Kalau buat terapi, kita boleh kongsi apa yang kita rasa,” jelasnya.
Ditanya mengenai sikap sesetengah pihak yang skeptikal untuk mendapatkan rawatan sokongan, Shasha berpendapat perkara itu merupakan langkah terbaik untuk membantunya sembuh.
“Pada saya, itu terpulang kepada setiap individu untuk berjumpa dengan pakar. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Kalau tak banyak, sikit supaya dapat bantu diri sendiri.
“Saya percaya, kalau kita jumpa orang yang lebih faham masalah yang tidak boleh nampak dengan mata kasar, saya rasa itu jalan yang terbaik,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Shasha bakal muncul dalam siri premium Astro Originals terbaharu iaitu Project: Exit.

BERITA TRENDING: Lebih Memilih Orang Johor, Wanita Anggap Lelaki Kelantan ’Red Flag’ Undang Kecaman - “Untuk Buat I Happy Around 15K To 20K”

BERITA TRENDING: Inayah Beauty Hulur RM500,000 Bantu 2,500 Keluarga Di Gaza! - "Kami Bercita-Cita Jadikan Kutipan Ini Acara Tahunan"

Siri hebat ini merupakan terbitan Astro Shaw bersama Telltale Studios Sdn Bhd.
Idea asal siri premium ini dicetuskan oleh Zulaikha Zakaria, juga merupakan showrunner dan pengarah, yang menyambung karyanya daripada kejayaan siri premium ‘Projek: Anchor SPM’ dan ‘Projek: High Council’.
Siri penuh saspens ini dibintangi oleh Shasha Abedul (Jannah), Mierul Aiman (Hadi), Naim Daniel (Ucop), Kimberly Chuah (Amy), Nabila Huda (Ibu Zan), Tengku Nur Kamalia (Izzah), Farah Ahmad (Salina) dan ramai lagi.
Siri ini bakal bersiaran pada 1 November 2024, jam 9 malam di Astro Premier (saluran 110) dan Astro Citra (saluran 108).
Sinopsis:
Project: Exit yang merupakan daripada Project Universe, mengisahkan tentang empat remaja merancang untuk melarikan diri dari tempat yang menyeksa mereka secara mental.
Walaupun berhadapan dengan trauma masing-masing dalam kehidupan, watak-watak ini tetap berpegang pada harapan, menghadapi ketakutan dalaman, membentuk pakatan yang tidak dijangka dengan rakan- rakan banduan dan menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha mencari kebebasan.
Dalam persekitaran yang mencabar dan kawalan yang ketat, perjalanan mereka memiliki momen-momen yang menyentuh hati, serta pengkhianatan sepanjang siri ini yang menjadi sorotan utama naratifnya.
Siri 6 episod ini mengikuti perjalanan Jannah (Shasah Abedul), seorang perempuan yang dihantar ke pusat pemulihan akhlak dipanggil INSAN selepas gagal dalam percubaan untuk membunuh dirinya.
Di INSAN, dia menemui diari arwah bapanya yang membongkar segala rahsia mengenai tempat tersebut, serta rancangan untuk melarikan diri daripada kakitangan yang menjaga dan kawalan ketat yang ada.
Dia bertemu Hadi (Mierul Aiman), seorang lelaki dengan Fibrosis sista, dan dua rakan lain bernama Ucop (Naim Daniel) dan Amy (Kimberly Chuah) yang berkomplot untuk bersama-sama melarikan diri berdasarkan diari arwah bapanya yang dulu juga pernah merancang untuk melarikan diri di tempat yang sama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024