Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Atikah Suhaime Rela Tak Ada Job, Asalkan Tak Berlakon Jadi Perempuan Berhijab Perampas Suami Orang!

Amri Hassan 12/03/2021 | 07:50 MYT
Pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaime akui terkesan dari segi kewangan sepanjang tempoh pandemik COVID-19.
Bagaimanapun, Atikah berpendirian dan terpaksa memilih dengan cara menolak tawaran melakonkan watak antagonis kerana bertentangan dengan prinsipnya.
Jelas Atikah, 29, watak antagonis yang ditawarkan kepadanya tidak cukup meninggalkan impak dan tidak logik berdasarkan garapan watak itu sendiri.
"Sekarang waktu sukar. Saya turut berdepan masalah kewangan tetapi saya masih memilih tawaran berlakon. Astaga.
"Saya tetap menolak tawaran berlakon watak antagonis kerana saya nampak tiada sebab (kukuh) untuk sesuatu karakter itu menjadi jahat," katanya.
Tambah Atikah, apabila ditawarkan melakonkan peranan antagonis, dia sering berdepan watak yang stereotaip,
"Asyik-asyik perampas suami orang kemudian pakai tudung dan lemah-lembut.
"Dan alasannya selalunya lemah, kerana dia nakkan harta.
"Kenapa tidak boleh jadikan alasan itu misalnya watak wanita itu secara tidak sengaja jatuh cinta dengan hero kerana hero itu yang memulakan langkah?
"Atau wanita itu berdepan masalah dari zaman kanak-kanak dan merasakan segalanya diambil darinya, jadi dia memutuskan untuk merampas suami orang?
"Atau dia tidak tahu pun hero itu sudah berkahwin. Atau entahlah...," tambahnya.
Justeru, Atikah memberikan cadangan untuk menggarap peranan antagonis yang logik dan bertepatan dengan seleranya selain watak wanita bertudung yang punyai banyak muslihat.
"Asyik-asyik perampas laki orang tapi tak ada motif kuat untuk dia jadi jahat.
"Dan lebih teruk, sejak akhir-akhir ini mereka sering dipersembahkan dengan watak antagonis yang bertudung dan lemah-lembut.
"Jadi, semua fikir perempuan lemah-lembut pakai tudung tak boleh dipercayai. Padahal perempuan lemah-lembut selalu kena buli sebab hati kami terlalu rapuh, tak sanggup nak tinggikan suara takut terlukakan hati orang.
"Biasanya skrip yang saya dapat untuk watak antagonis tidak kuat untuk dia betul-betul menjadi jahat.
"Kamu tak boleh terus dilahirkan untuk menjadi jahat kan? Mesti ada sebab yang kukuh. Entahlah.
"Sampailah ada motif kuat untuk seseorang jadi jahat dalam skrip tu, barulah saya akan menerima watak antagonis itu. Buat masa sekarang, nahhh," jelasnya.
#pelakon #Atikah Suhaime #Singapura #Antagonis
;