Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

ATNM2: El Coro Ensemble Kumpulan Pertama Raih 100 Markah! Ibu Hamil Tewas Ketika Sing Off - Ini Recap Markah & Komen Juri

Syafiqah Jalal
18/12/2022 23:35 MYT

Kumpulan El Coro Ensemble memecah rekod sulung sebagai peserta pertama All Together Now Malaysia musim kedua (ATNM2) yang meraih 100 markah pertama malam tadi.

 

Kumpulan yang disertai oleh tujuh orang penyanyi lelaki itu telah menambat 50 hati juri termasuk kapten Datuk Syafinaz Selamat untuk bangun memberikan markah penuh buat mereka sekaligus melayakkan diri ke final.

 

Seorang lagi peserta Zam Ryzam antara peserta malam tadi yang berjaya mara ke final selepas menewaskan Ana Syuhada seorang ibu yang sedang hamil dengan 72 markah dalam pusingan Sing Off

 

Sementara Yana yang sedang hamil lima bulan anak ketiga itu tewas dengan hanya meraih 44 markah dari juri.

 

Berikut senarai markah penuh serta komen juri untuk semua peserta bagi minggu kedua:

 

Muhammad, 90 markah

Lagu:  Still Love You, Lee Hong Gi & Yoo Hwe Seung

Komen juri, Liza Hanim: Saya tak faham kerana bahasanya tapi saya rasa saya dapat rasakannya apa yang kamu hendak sampaikan.

 

Dayang Suria, 12 markah

Lagu: Creep, Radiohead 

Komen juri, Tomok: Ini kakak saya, pada saya dia salah pilih lagu, salah arrangement, serba serbi salah lah. Tomok nak bangun pun susah

 

Akmal Asyraf, 94 markah

Lagu: Still Got The Blues, Ary Moore 

Komen juri, Syafinaz- Saya lihat pada vokal, bila menyanyi ada kala lemah ada kala tak. Pitch tak konsisten. Kalau pergi ke final saya harap boleh lakukan yang terbaik

 

Qhadijah, 52 markah

22 tahun

Lagu : Seribu Kemanisan, Siti Nurhaljza

Komen juri, Syafinaz - lontaran bagus cuma kena control kerana terlalu nyaring menyengat telinga - apa-apa pun awak memang boleh menyanyi

 

Ana Syuhada, 96 markah

Lagu : Aku Cinta Kau Dan Dia, Yuna

Komen juri, Zizi Kirana - Liza Hanim (menangis) - Kamu sedang hamil anak ketiga saya ada 5 orang anak saya menyanyi di setiap pregnancy...saya tahu bukan senang effortles beautiful nyanyian yang tak perlu lebih lebih, gulung gulung terharu sangat bawa baby zuriat yang memberi kekuatan pada ibu

 

Yana Yunus, 60 markah

41 tahun

Lagu : Strong Enough

Komen juri, Siti Nordiana -Persembahan yang memang strong enough buat kita semua semangat bersama

 

El Coro Ensemble (berkumpulan), 100 markah

Lagu: 7 rings

Komen juri, Ajai - Kombinasi kamu semua itu sempurna. Harmoni tu sangat sedap lebih banyak sedap dari tak sedap tu

 

Saridah Sabar, 26 markah

Lagu: Kau Merubah Segalanya, Fauziah Latif

 

Zam Ryzam, 98 markah

Lagu: Puja, Rhoma Irama

 

 

Sara Sukardi, 66 markah

Lagu: Awallah Dondang, Noraniza Idris

 

Boy, 34 markah

Lagu: Salam Untuk Kekasih, Nadia

 

Geethmalar, 18 markah

Lagu: Rindu, Amalina

 

Mamuji, 64 markah

Lagu: SAY SHAVA SHAVA (UDIT NARAYAN)

 

Fieqa, 6 markah

Lagu: Ku Milikmu, Siti Nurhaliza

 

Ika Mustafa, 60 markah

Lagu : AIN’T NO OTHER MAN (CHRISTINA AGUILERA)
 

ATNM2 mempersembahkan barisan juri yang popular dan terkenal dengan mengetengahkan 13 muka juri baharu termasuk Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ajai, Rozita Che Wan, Shila Amzah, Nikki Palikat, Marsha Milan, Reshmonu, Vince Chong serta ramai lagi. 

Datuk Syafinaz Selamat pula menggalas tugasan sebagai Kapten Juri yang baharu.

Manakala pengacara bubbly dan bertenaga, Sherry Alhadad kembali untuk mengemudi ATNM2.

Saksikan All Together Now Malaysia 2 yang bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria serta strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.

#ATNM2 #All Together Now 2022 #AllTogetherNow2022