Gabungan dua suara mantap yang menggelarkan diri mereka sebagai POV menjadi peserta seterusnya berjaya melayakkan diri ke pentas akhir All Together Now Malaysia 2 (ATNM2) selepas meraih 94 markah dalam episod kelima yang bersiaran malam tadi.

POV yang dianggotai Uchop dan Nurashq yang membawakan lagu Seroja nyanyian asal kumpulan Search sekaligus memecahkan rekod apabila menjadi peserta duo pertama ke pentas akhir bagi musim terbaharu.

Bertambah gembira lagi, POV yang membuat persembahan pada giliran pertama ternyata tidak mampu ditandingi peserta lain apabila mereka tidak beranjak duduk di podium kedudukan pertama daripada mula hingga tamat rancangan bersiaran.

Seorang lagi peserta bernama Fanzi Ruji antara yang layak ke pentas akhir selepas berjaya menewaskan Lee Alaine dalam pusingan Sign Off selepas meraih 72 markah menerusi lagu Aku Rindu Sayang Kamu nyanyian asal Black Hanifah.

Berikut senarai markah penuh serta komen juri untuk semua peserta bagi minggu kelima:

#1. POV - Penyanyi (94 Markah)
Lagu: Seroja (Search)
Komen juri , Ernie Zakri: Saya tak nampak blending yang cukup antara anda berdua, saya perlukan harmoni yang extra.
Bandi Amuk: Pembuka selera saya.

#2. Zaidatul Iman - 22 Tahun, Penyanyi Badan Kesenian Tentera Darat (16 Markah)
Lagu: Bunga (Ara Johari)
Komen juri, Ara: Awak hit note yang pertama itu sangat baik.
Ajai: Nyanyi bukan cari siapa yang boleh pergi lagi tinggi, kalau awak turun lagi dua note lagi tenang untuk dengar.

#3. Hameem Sulaiman - 34 Tahun, Bekerja Sendiri (30 Markah)
Lagu: Fantasia Bulan Madu (Search)
Komen juri, Syafinaz Selamat: Nyanyian awak ‘kurang masak’ daripada segi pitch, dinamik dan colour, itu yang tiada.

#4. Shahrizal - (4 Markah)
Lagu: Romantis (Spring)
Komen juri, Izzue Islam: Selaku ketua unit juri semangat, awak jangan berhenti menyanyi.

#5. Zee Rahmat - 25 Tahun, Penyanyi Sambilan (50 Markah)
Lagu: Royals (Lorde)
Komen juri, Danial Zaini: Saya suka persembahan awak, sebab nampak paling energetic.
Ajai: Saya suka tone awak, you can sing.

#6. Shahirah Natasha - 13 Tahun, Pelajar (66 Markah)
Lagu: Perasaanku (Fieya Julia)
Komen juri, Alyah: Saya suka penyanyi yang mampu menyentuh hati pendengar macam awak.
Khai Bahar: Adik mempunyai suara yang lemak, teruskan belajar menyanyi.

#7. Mawar Irdina - 13 Tahun, Pelajar (36 Markah)
Lagu: I’ll Never Love Again (Lady Gaga)
Komen juri, Catriona Ross: Awal seorang story teller yang baik. Dengan usia yang muda tapi dapat bawakan dengan baik.

#8. Harieharan - 26 Tahun, Side Security Supervisor (42 Markah)
Lagu: Sarrekey (Pak Azad & Harry Khalifah)
Komen juri, Dr Raam: Saya rasa lagu ini tidak berapa sesuai dengan awak.
Syafinaz Selamat: Tahun depan kalau masuk tahun depan tolong bawa lagu Tamil.

#9. Dato Jia - (10 Markah)
Lagu: Semakin Rindu Semakin Asyik (Amalina)
Komen juri, Aisha Retno: Daripada awal pitching dah ke atas, tapi awak menghiburkan.

#10. Shahhir Wan - 39 Tahun, Perancang Majlis (66 Markah)
Lagu: Hilang Tak Berkesan (Aflin Habib)
Komen juri, Liza Hanim: Awak start buka mulut kami juri ramai yang terbuka mata. Industri perlukan suara dan orang yang boleh memartabatkan lagu irama Malaysia.
Syafinaz Selamat: Anda boleh menyanyi tapi saya perlukan orang yang ada identiti.

#11. Lee Elaine - 32 Tahun, Pengarah Syarikat (76 Markah)
Lagu: Seindah Biasa (Datuk Seri Siti Nurhaliza)
Komen juri, Shila Amzah: Anda menyanyi lagu dengan satu energi yang buat saya bahagia.
Syafinaz Selamat: Saya lihat anda sebagai penyanyi yang sangat matang sekarang. Awak improve sangat banyak daripada dulu.

#12. Fanzi Ruji - 34 Tahun, Guru (86 Markah)
Lagu: Bukan Rayuan Gombal (Judika)
Komen juri, Nikki Palikat: Suara awak memang hebat.

#13. Puteri Bella - 24 Tahun, Influencer (20 Markah)
Lagu: Derniere Danse (Indila)
Komen juri, Yaya Zahir: Awak dah buat yang terbaik.
Syafinaz Selamat: Saya suka lagu ini, beautiful song dan suara awak sesuai dengan lagu ini. Suara yang besar dan bulat.

#14. Wence Junior - (38 Markah)
Lagu: Panah Asmara (Afgan)
Komen juri, Syafinaz Selamat: Suara awak sedap tapi ada masalah pitch di sini sana.

#15. Leo Azman - 34 Tahun, Despatch (26 Markah)
Lagu: Sedang Apa Dan Di Mana (Sami Simorangkir)
Komen juri, Ag Coco: Saya respect dengan keberanian awak hari ini.

#16. Banni Basysshar - 27 Tahun, Penjual Rempah (62 Markah)
Lagu: Back At One (Brian MC Knight)
Komen juri, Sophia Liana: Awak great! Awak seorang pemuzik yang hebat.

#17. Melissa - 24 Tahun, Guru Vokal (42 Markah)
Lagu: Masterpiece (Jessie J)
Komen juri, Bunga: Saya suka awak sebab sentiasa senyum je atas pentas dan awak memang berani.
Syafinaz Selamat: Saya suka awak sangat berani dan energic, keep working on your skill.

#18. Mya Harry - (8 Markah)
Lagu: Cinta (Jaclyn Victor, Misha Omar)
Komen juri, Jaclyn Victor: Kalau awak tak boleh kawal rasa takut dan anxiety itu adalah satu masalah yang besar.

#19. Jaja Ismail - 36 Tahun, Krew Majlis (32 Markah)
Lagu: It’s All Coming Back To Me Now (Celine Dion)
Komen juri, Rozita Che Wan: Saya bangun untuk awak sebab saya enjoy, suara awak sedap.
Syafinaz Selamat: Awak tahu betapa sukarnya lagu ini, satu tepukan untuk keberanian awak. Semoga suara awak sembuh.

***

ATNM2 mempersembahkan barisan juri yang popular dan terkenal dengan mengetengahkan 13 muka juri baharu termasuk Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ajai, Rozita Che Wan, Shila Amzah, Nikki Palikat, Marsha Milan, Reshmonu, Vince Chong serta ramai lagi.

Datuk Syafinaz Selamat pula menggalas tugasan sebagai Kapten Juri yang baharu. Manakala pengacara bubbly dan bertenaga, Sherry Alhadad kembali untuk mengemudi ATNM2.

Saksikan All Together Now Malaysia 2 yang bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria serta strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.