Tidak berputus asa, peserta dari musim lalu, Lazarul muncul sekali lagi dengan membuat hampir semua juri All Together Now Malaysia musim kedua (ATNM2) kagum apabila meraih 96 markah sekaligus berjaya mara ke final dalam konsert minggu keempat malam tadi.

Namun kali ini Lazarul tidak keseorangan, dia yang membawakan lagu All I Ask oleh Adele itu hadir bersama isterinya, Ayu Jasrin yang juga peserta malam tadi. Namun Ayu tewas dan tidak berjaya mahupun duduk di podium.

Selain Lazarul, Jesper seorang lagi yang bertuah malam tadi apabila berjaya mara ke final selepas menewaskan adik Suci berusia 12 tahun dengan 96 markah dalam pusingan Sing-Off.

Berikut senarai markah penuh serta komen juri untuk semua peserta bagi minggu ke empat:

#1 AR-MI – 60 Markah
Lagu: APA KHABAR (JOE FLIZZOW & SONA ONE)
Komen juri, Pak Nil: Pada saya, inilah dia pemanas panggung yang betul!

#2 ADAM NUQRIZ –80 markah
Lagu: BEGGIN (MANESKIN)
Komen juri, Uyaina : Saya suka dia ada stage present
Ajai : Sebenarnya dia amatur ini barang baru tapi dia ada talent

#3 : YI LING – 66 Markah
Lagu: HABANERA (ANGELA GHEORGHIU)
Komen juri, Azaharina: Saya rasa kamu terlalu overconfident

#4 : LUCIA CARAMELLA – 78 markah
Lagu: DRIVER’S LICENSE (OLIVIA RODRIGO)
Komen juri, Adeline: Saya menangis first note untuk budak muda semua you bukan mudah

#5 SUCI ELYSHA – 92 markah
Lagu: BONEKA (ERNIE ZAKRI)
Komen juri, Ernie Zakri: Bila tengok awak menyanyi macam faham betul, energy sepatutnya dalam lagu ini. Untuk yang umur 12 tahun menyanyi begini sangat bagus

#6 SCUEVIS JOSHUA – 82 markah
Lagu: CINTA DALAM HATI (UNGU)
Komen juri, Joey: Rasanya gementar tu yang menggangu tapi orang Malaysia suka penyanyi begini

#7 ZULFEKA – 20 markah
Lagu: ANDAINYA TAKDIR (ANUAR ZAIN)
Komen juri, DR SOO WINCI : tak ada emosi, saya tak rasa langsung

#8 LEAISM – 60 markah
Lagu: PAMIT (TULUS)
Komen juri, Dr Ram: Performance energy level bagus. Tapi saya suka suara awak

#9 ALIAS SHAH – 24 markah
Lagu: RAMPAS (AKIM & THE MAJISTRET)
Komen juri, MARIAM : macam tengok musical

#10 KWEEN KEELA – 14 markah
Lagu: ASYIK (AMELINA)
Komen juri, Ifa Raziah: Enjoy walaupun saya tak bangun sebab roh tak masuk dalam badan

#11 JESPER NIMOI – 84 markah
Lagu: THE SHOW MUST GO ON (QUEEN)
Komen juri, Amir Masdi: Performance sangat bagus, tak expect boleh bagi persembahan begini

#12 LAZARUL – 96 markah
Lagu: ALL I ASK (ADELE)
Komen juri, Jaclyn Victor: Kamu masih menyanyi dengan soul, saya tak sangka kamu akan menyanyi lagu itu
Ajai: Nyanyian kamu dah jauh banyak Cuma kena sentiasa jaga 1st note

#13 AYU JASRYN – 16 markah
Lagu: TELEPHONE (LADY GAGA)
Komen juri, Ara Johari: Saya paling suka arrangement lagu tu macam Latin, tapi rasanya peluang awak lebih di luar sana.

#14 NURRIYANA – 18 markah
Lagu: SESAL SEPARUH NYAWA (ALYAH)
Komen juri, DATIN ALYAH : nervous tu dah menguasai awak.

#15 SHAFFASRAN- 50 markah
Lagu: DIA (QODY RANY)
Komen juri, Brian: Bagus tapi nyanyian dia ia ibarat char kuetiau tak ada rasa arang

#16 MYA NANA – 42 markah
Lagu: JIKALAU KAU CINTA (JUDIKA)
Komen juri, Shila Amzah: Voice sangat terang

#17 ISLAH – 82 Markah
Lagu: CORAZON ESPINADO (SANTANA FT MANA)
Komen juri, Sean Lee: ini yang kita semua tunggu yang sama-sama boleh menari

#18 : NAS NASIR – 44 markah
Lagu: HATI-HATI DI JALAN (TULUS)
Komen juri, Sherry Ibrahim: expression tu dah ada tapi sayang suara tak sampai

#19 NORLIDIATUL MARLIA – 16 markah
Lagu: BUKANG SENANG (WINGS)

#20 Ozy – 84 markah
Lagu: PROUD MARY (TINA TURNER)
Komen juri, Fauziah Latif – suara kamu ada entertainer voice dan energy positif.

ATNM2 mempersembahkan barisan juri yang popular dan terkenal dengan mengetengahkan 13 muka juri baharu termasuk Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ajai, Rozita Che Wan, Shila Amzah, Nikki Palikat, Marsha Milan, Reshmonu, Vince Chong serta ramai lagi.

Datuk Syafinaz Selamat pula menggalas tugasan sebagai Kapten Juri yang baharu.
Manakala pengacara bubbly dan bertenaga, Sherry Alhadad kembali untuk mengemudi ATNM2.

Saksikan All Together Now Malaysia 2 yang bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria serta strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.