,
Hiburan

Atribut Taruhan Terbaru Benzooloo

Asraf Aided
04/08/2020
11:25 MYT
Rapper kelahiran Kota Kinabalu, Benzooloo kini tampil dengan lagu terbaru berjudul Atribut.
Menurut Benzooloo, penghasilan lagu ini adalah berdasarkan pemerhatiannya terhadap pelbagai senario yang berlaku hari ini terutamanya pandemik COVID-19 yang melanda.
“Keseluruhan lagu ini secara asasnya berkisar mengenai segala jenis kerenah manusia yang saya lihat dan serap sendiri di sekeliling.
"Tidak dinafikan, kerenah-kerenah mereka berjaya mencuit hati saya, ada yang tidak disangka, dan ada juga bikin geleng kepala. Bukan bermakna salah, tapi rata-rata mengandungi sisi cerita yang boleh diolah berdasarkan pemikiran peribadi saya terhadapnya.
“Maka, berlandaskan pemikiran itu jugalah saya terjemahkan semuanya ke dalam lirik lagu ini. Disebabkan itu, saya turut memasukkan situasi semasa seperti PKP dan perihal lain yang menjadi bualan dalam kehidupan seharian kita kebelakangan ini.
"Sebenarnya, perihal-perihal inilah yang membuatkan saya lebih ingin mendalami isi fikiran masyarakat kita. Setiap apa yang berlaku di sekeliling kita sememangnya ada pengajaran tersendiri,” katanya.
Sekadar info, Benzoolo mulai aktif dalam bidang Hip Hop pada tahun 2018.
Rapper ini pernah tampil dalam lagu Terkemuka nyanyian bersama Zizi Kirana dan Sandra Dianne sebelum ini.
Atribut boleh dimuat-turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik antaranya Apple Music, Spotify, Deezer, JOOX Music, KKBox.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Khodi Semakin Berani, Tampil Dengan Benzooloo Dalam Emosi!

gempak
27/05/2021
01:15 MYT
Dua nama ini, Benzooloo dan Khodi datang daripada genre serta latar belakang berbeza.
Laman Utama

Bebas Punya Erti Tersendiri Buat Benzooloo & Jonathan Tse

gempak
02/04/2021
12:50 MYT
Keduanya mempunyai kualiti tersendiri!